Saturday 29 December 2012

KISAH SI BUTA...


Ada satu kisah..... tentang si Buta....

Si buta dahulu seorang yang celik dan dia jadi buta ketika dia berumur 4 tahun disebabkan satu kemalangan yang telah menyebabkan dia menjadi buta. Si buta tinggal di padang pasir. Benda terakhir yang si buta lihat pada waktu dia celik adalah Unta. Namun, dia tidak tahu bahawa binatang itu adalah dipanggil unta.
Jadi, satu hari datang seorang budak bertemu dengan si buta. Mereka berbual-bual dan sampai satu ketika si budak bertanya kepada si buta. “Wahai abg, saya ingin bertanya, saya selalu dengar bahawa raja segala binatang itu singa. Bagaimana bentuk singa ya?” tanya budak tu. Disebabkan mereka tinggal di padang pasir jadi mereka tidak pernah melihat singa.
Si buta pun menjawab, walaupun sebenarnya dia tidak tahu bagaimana bentuk singa tapi disebabkan egonya dan malu kepada budak tersebut. Benda terakhir si buta pernah lihat adalah unta walaupun sebenarnya dia tidak tahu itu adalah unta. Jadi, dalam sangkaan dan fikiran dia. Mungkin apa yang dia nampak kali terakhir. Mungkin itulah yang dipanggil singa.
Lalu, si buta bercerita dengan penuh keyakinan “ singa itu adalah satu binatang berwarna kuning2 mcm pasir..................sampailah ciri yang terakhir iaitu, singa itu mempunyai bonggol di belakangnya.
Si budak yang tidak pernah melihat unta dan singa hanya mengiakan sahaja dan mula menanam dalam fikirannya bahawa singa itu memang begitulah bentuknya.
Beberapa tahun kemudian, Ketika si budak mula masuk tadika, dia di tanya satu gambar binatang serupa seperti apa yang diceritakan oleh si buta. Kemudian dia menjawab dgn penuh yakin tanpa ragu2, itu adalah SINGA cikgu. Namun, Semua rakan2nya mengetawakannya. Hahaha!! Dia rupanya sudah tertipu dengan apa yang telah diceritakan oleh si buta.


PERKARA YANG BERKEPALA

Ya.. setiap perkara mesti berkepala... saya pernah bagitau dengan seorang teman rapat, saya katakan “ setiap perkara mesti berkepala..” teman saya ternga-nga sebentar. Dia balas ”saya x faham maksud kamu”..
Cuba kita lihat keadaan di sekeliling kita. Semuanya mempunyai kepala dan kakitangannya masing-masing. Teman saya mula tangkap sesuatu.
Kita sebenarnya tidak boleh lari dari berpersatuan atau senang cerita hendak bergerak sendirian tanpa bantuan rakan2. Lihatlah fitrah ALLAh ciptakan bagi banyak perkara,  susunan bulan-bulan dalam islam, dalam banyak bulan2 tersebut bulan Ramadhan sebagai ketua. Cuba lihat lagi politik rimba binatang, kita nampak singa sebagai ketua. Lihat lagi hari-hari dalam kehidupan kita, ada 7 hari dan hari jumaat sebagai penghulu segala hari. Sedangkan benda dan binatang yang tiada akalpun perlu kesatuan dan jemaah. Apatah lagi manusia, yakan? Bermulalah dari pengurusan organisasi yang paling kecil iaitu keluarga hinggalah pengurusan negara iaitu kerajaan yang dikendalikan oleh parti2 politik semuanya memerlukan kepala dan kakitangan. Jadi, adalah sesuatu yang tidak wajar sekiranya kita menolak fitrah ciptaan Allah iaitu perlunya berpersatuan dan berjemaah.


SEMUA ORANG MAHUKAN KEPALA YANG BAIK

Yakan? Bagi saya, sebagai seorang Muslim, asas kepercayaan saya adalah berdasarkan apa yang saya yakini iaitu Al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, pastinya saya juga mahukan kepala yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Khususnya kepala dalam pengendalian negara kita.
Yakan? Pelikkan jikalau kita katakan kita yakini AL-Quran tapi menolak apa yang ALLAH suruh. Yakan? Yakan? Makanya, Kita seharusnya memilih pemimpin yang mengatakan asas kepercayaannya adalah Al-Quran dan AS-sunnah, dan dia zahirkan apa yang dia katakan. Dan untuk pelaksanaan berdasarkan al-Quran dan as-sunnah pastinya perlu ilmu dalam bidang Al-Quran dan as-sunnah.
Kenapa kita perlu pemimpin yang ahli dan arif dalam Al-Quran dan hadith?
 Sebabnya pertama, ilmu Al-Quran itu adalah kata-kata daripada Allah swt. Jadi, pemahamannya perlu mendalam dan tidak boleh kalau sekadar secara luaran. Kedua, dalam Al-Quran dan hadith itu sudah mencakupi seluruh kehidupan manusia bermulalah dari cara buang air besar hinggalah cara pengurusan negara(politik) sudah ditunjukkan oleh Allah dan rasulallah saw.. Lalu, rakan pembaca yang dikasihi, kita berbalik kepada cerita si buta di atas. Cuba kita bayangkan pemimpin kita yang tidak asas yang kuat dan tidak berilmu tentang Al-Quran. Bagaimana dia boleh membawa kita menuju ALLAH swt? Bagaimana dia boleh membawa kita bersama al-Quran dan hadith sedangkan dia sendiri tidak faham al-Quran dan hadith.


PENGAJIAN BERSAMA TUKANG MASAK

Saya teringat kisah waktu saya masih di zaman kanak-kanak, umur kira-kira 11 tahun iaitu ketika saya mula belajar membaca al-Quran dan asas-asas ilmu fardhu ‘ain. Saya bersama dua adik beradik saya juga belajar bersama-sama mengaji ilmu islam dengan seorang ustaz, namanya Alwan(semoga ALLAH merahmatinya walau di mana ia berada). Berbangsa Jawa. Dia seorang tukang masak di sebuah restoran. Namun, dalam masa yang sama dia juga mempunyai ilmu yang mendalam tentang Al-Quran. Kami mengaji dengannya setiap malam selepas isya’.
Satu Hari kami belajar tentang rukun solat. Rukun solat ada 13 semuanya, ketika kami sampai kepada duduk antara dua sujud. Jadi, bingung walaupun memang sudah tahu solat tapi perkataannya itu membuatkan otak berfikir seketika. Apatah lagi adik saya yang paling bongsu. Langsung ditanya oleh adik yang Bongsu, adakah duduk antara dua sujud itu kita duduk di antara dua orang yang sujud.
Nampak? Itu baru perkara yang simple dan mudah. Apatah lagi perkara dan hukum-hukum yang melibatkan negara. Kalau lah kami belajar dengan hanya menggunakan buku tanpa adanya guru yang memandu pastinya banyak ilmu yang kami sesat. Itulah kenapa kita perlu guru yang arif dalam membimbing ilmu al-Quran dan al-hadith.

Kita berbalik kepada perlunya pemimpin yang arif dan faqih dalam Al-Quran. Jadi, sekarang apa poin kita untuk menolak kepimpinan orang yang ‘alim tentang Al-Quran dan al-hadith kalau kita benar-benar ikhlas dalam mencari redha Allah??

Thursday 20 December 2012

KECAMPINAN@KEHEBATAN SYAITAN DAN IBLIS


Hari ini 20 Disember 2012, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu perkara yang sangat besar walaupun ianya nampak kecil. Iaitu peperangan kita dengan Iblis dan syaitan laknatullah.
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus tahu kenapa perkara ini penting. Kerana ini adalah satu tuntutan daripada JIHAD dalam islam. Kena faham JIHAD itu apa. Wahai para pembaca yang saya kasihi sekalian, kita jangan tersalah anggap mengenai perkataan JIHAD sepertimana pemahaman yang salah yang telah dilancarkan dan disebarkan oleh IBLIS dan sekutunya iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Bukanlah JIHAD itu terletak hanya pada Pedang perang semata-mata dan terlihat seperti sebuah keganasan yang tidak selari dengan fitrah manusia(ISLAM) tapi JIHAD itu adalah kesungguhan dalam melakukan sebuah perkara. Emmm... macamana ya analogi yang terbaik untuk menerangkan JIHAD.
Ya....

AIR SUNGAI YANG MENGALIR
Wahai para pembaca yang diaksihi sekalian, anda semua pasti melihat bagaimana air sungai yang mengalir dari hulu ke hilir.  Tiada suatu bendapun yang dapat menghalangi aliran sungai tersebut walaupun anda menutup macamana sekalian jalan aliran sungai tersebut ianya pasti mencari jalanwalaupun lubang sekecil biji sawi.

BIJI SAWI????
Anda tau, bagaimana besarnya biji sawi. Berat habuk emas1 gram pernah dengar?, biji sawi ni, 1/6000 daripada 1 gram. Lihat bagaimana jalan sekecil itupun air tetap lalui yang penting ianya sampai ke hilir.
Haaa... begitulah juga keadaannya JIHAD. Selagi ada jalan. Selagi itu kita berusaha menuju ke jalan ALLAH..

CABANG JIHAD
Kata Ibnul Qayyim Rahimahullahu ta’ala : JIHAD itu terbahagi kepada 4 :
1. JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
2. JIHAD MELAWAN SYAITAN
3. JIHAD MENENTANG KEZALIMAN
4. JIHAD MENENTANG MUSUH2 ISLAM
Tapi petang ini, saya ingin fokuskan kepada JIHAD MENENTANG SYAITAN.


Sesungguhnya wahai saudara seaqidahku dan juga seluruh manusia. Sesungguhnya syaitan sudah mengisytiharkan perang terbesar antara manusia dan juga syaitan dan Iblis lanatullah.
“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” Al-hijr : 39.
Oleh yang demikian, adalah suatu yang tidak wajar sekiranya kita masih mengikut telunjuk iblis dan syaitan.
Okay.. saya akan terangkan peringkat demi peingkat untuk memudahkan kita semua faham. Saya tidak akan sentuh terus kepada bagaiman kita mahu melawan syaitan. Kita step by step.


1. Pertama sekali kita kena faham bahawa dalam diri kita ini ada raja yang mngawal segala tindakan kita dan sangat penting untuk kita mengetahui hakikat ini supaya bukan syaitan yang mempengaruhinya tapi kitalah yang mengawalnya.
Nabi Muhammad saw berkata : “ingatlah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu  ada segumpal daging, sekiranya baik, maka seluruh tubuhnya akan baik dan apabila ia rosak maka seluruh tubuhnya akan rosak. Ingatlah segumpal daging itu ialah hati” H.R. Bukhari
Semua orang pasti tau hadith ni.
Dan kata Abu said al-khudri : “ hati manusia ni ada 4 jenis(saya ringkaskan)
a) hati yang jernih
b) hati yang tertutup dan tutupnya terkunci
c) hati yang dibalik(hati orang munafik)
d) hati yang memiliki 2 cabang( ada iman dan kemunafikan, dan yang lebih kuat akan terus mengunggulinya).

2. seterusnya, bagaimana caranya syaitan menggoda manusia.
Kita selalu dengar bagaimana seorang perem puan dan lelaki melakukan zina(katanya terlanjurlah konon). Mana ada istilah terlanjur.
Kata ibnul Qayyim : “ syaitan membisikkan sesuatu pada seseorang dengan keinginan.....”
Secara ringkasnya stepnya macam ni, mula2
1. lahirnya keinginan. Maksudnya baru anda berniat mau melakukan maksiat ni.
2.seterusnya syaitan menghiasinya dengan dengan keindahan dan sering menjadi kahayalan. Sehingga kita terlupa akan bahayanya dan kesan buruknya. Tulah biasanya kita dengar sudah terlanjur baru menyesal. Tulah jadinya GELI SAH, kita nak GELI dulu maksudnya yang terlanjur tulah baru lepas tu nak SAH(kahwinlah maksudnya) sepatutnya, SAH dulu baru GELI....(sori bergurau)
3.ketiga, keinginan yang timbul tadi menjadi keinginan yang lebih kuat sehingga timbulnya tekad dan menanam azam untuk melakukan maksiat tersebut.
4. sampailah bala tentera syaitan dan IBLIS  untuk merealisasikan hasrat tersebut. So, terlanjurlah...
Oleh itu orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mencegahnya. Bila timbul niat ja terus cantas dengan mengucapkan ta’awwudz.


3. TAHAP GODAAN SYAITAN
i) Syirik.
Antara matlamat pertama dan utama IBLIS adalah menjadikan manusia syirik kepada ALLAH. Maksudnya menduakan ALLAH daripada segala aspek. Tak kira daripada perkara sekecil-kecilnya sehinggalah perkara sebesar-besarnya.
Kalau kita fikirkan secara mendalam, hidup kita ini sangat terdedah kepada benda syirik.
Allah swt masih boleh ampunkan dosa walaupun sebesar bumi dosa kita, Cuma jangan mensyirikkan ALLAH kerana itu adalah kezaliman yang sgt besar dan tiada ampun daripada ALLAH.
 Contohnya, kita belajar dan berusaha dalam pelajaran. Setelah peperiksaan kemudian, keluar keputusan dan kita mendapat keputusan yang cemerlang. Setelah itu, kita meyakini bahawa yang memberikan kejayaan kepada kita adlah usaha kita. Itu juga syirik tapi syirik yang tersembunyi.
Apatah lagi syirik yang jelas iaitu menyembah sesuatu selain daripada ALLAH. Pokoknya semua yang berlaku, kita wajib yakini bhawianya adalah kehendak ALLAH dan segala usaha adalah penyebab.
Burung keluar dalam keadaan lapar dan balik dalam keadaan kenyang. Yang bagi kenyang ALLAH, namun, keluarnya burung itu hnya sebagai penyebab. Memang susah untuk diterima oleh akal kerana akal kita lemah. Jadi, perkara sebegini harus dipandang dgn pandngn yang didasari keimanan dan aqidah yang kukuh.

ii) perbuatan bidaah
kalau kita mau tahulah, bidaah lebih disukai oleh syaitan dan iblis berbanding kefasikan. Bidaah ini adalah sesuat yang dibuat dalam bertentangn dengan sunnah rasulallah. Dan ini mengundang kepada syirik.
Itulah, malangnya orang yang bodoh kerana dia melakukan sesuatu perkara tanpa ada rujukan iaitu al-Quran dan al-hadith.
Ibnul Jauzi ada sebut daripada Al-A’masy tentang satu perkara :
“ salah seorang lelaki yg bercakap dengan jin bercerita kpd kami. Mereka(bangsa jin) berkata : orang yang paling sukar kami oga ialah orangy ang mengikuti sunnah rasulallah saw. Manakala, orang menuruti hawa nafsu dapat KAMI PERMAINKAN SESUKA KAMI”

Iii) Dosa besar.
Dosa-dosa besar seperti Zina, membunuh, menyebarkan fitnah......
Lebih2 lagi klu orang itu adalah orang yang disegani oleh masyarakat. Lagi bersemangatlah syaitan dan Iblis.
iv)Dosa-dosa kecil
para pembaca yang dirahmati ALLAh, kita jangan memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil.
Nabi saw pernah bagitau :” Jauhilah dosa2 kecil.Hal ini adalah kerana perumpamaan org2 yg meremehkan dosa2 kecil umpama suatu kaum yg turun pada lembah suatu bukit, yg satu datang membawa kayu dan yg satu lagi membawa kayu yang lain, hingga mereka membawa kayu yg dapat memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa2 kecil, jika dilakukan terus menerus oleh pealkunya, nescaya akan membinasakannya”
Bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”....

v) Syaitan berusaha menyibukkan manusia dengan perkara2 mubah.
Maknanya perkara2 yang tidak ada unsur pahala dan dosa. Kita bagi contoh, banyak tidur,byk makan, berjaga malam.... byk lagi lah...
Memang kita nampak mcm tidak memberikan apa2 tapi cuba kita fikir2 secara mendalam... kita sebenarnya sudah kerugian banyak pahala....
Sekiranya gagal syaitan.. dia akan beralih ke step yang terakhir iaitu..

vi) syaitan cuba menyibukkan kita dengan perkara yang kurang penting
kita kena tanam dalam fikiran kita bahawa, jangan fikir syaitan tidak pernah menyeru ke arah kebaikan. Tapi kebaikan yang diseru kepada kita adalah memastikan kita tidak melakukan kebaikian yang lebih utama.
Hal ini, tidaklah dapat dilihat dengan jeals melainkan orang2 yang diberikan bantuan oleh ALLAH swt.
Contohnya kuliah agama sedangkan dijalankan tapi dalam masa yang sama syaitan menyeru kita untuk solat sunat dahulu kemudian berzikir dan melambat2kan untuk elak kita menuntut ilmu... di sana dapat dilihat bahawa sebenarnya menuntut ilmu itu lebih utama tapi diserunya oleh syaitan untuk kebaikan kurang utama.
-dirujuk daripada syeikh Wahid Abdussalam Bali-
Semoga bermanfaat untuk semuanya....

Monday 17 December 2012

PERANG GAZA-ISRAEL


Waktu baru mau start tulis ni tulisan, mcm berat jak tangan, berbondong2 bala tentera iblis dan setan datang...... memberikan seribu satu alasan...

Tapi tidak apa, lawan dan berjihad menentang nafsu....

Sering teringat kata ALLAH dalam al-Quran “ Siapakah yang lebih baik perkataannya melainkan orangnya melainkan orang yang menyeru kepada ALLAH dan beramal soleh dan mereka berkata kami ini adalah dari kalangan orang yang berserah diri”

Saya masih ingat nasihat murabbi dalam ilmu perubatan islam, ustaz Nik Anwar, ketika mana seorang bertanya kpd ustaz apa itu ikhlas? Ustaz sebut tentang sebuah kata2 daripada Fudail Bin Iyad “ Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia ialah riak dan melakukan suatu perbuatan kerana manusia ialah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika ALLAH memeliharamu daripada kedua-dua sifat ini”.
Susah mau ikhlas .. tapi usahalah... insyaALLAH boleh klu betul2 azam dlm hati.


Berkaitan dengan Perang Gaza-Israel...

Pertama sekali bila kita lihat keadaan ini berlaku,
Terdetik dalam hati kita, “aduh kasihannya orang palestin, terpaksa berkorban nyawa utk berperang mempertahankan tanah air mereka”. Kemudian dia menyambung lagi, Beruntunglah kita yang hidup di Malaysia, hidup aman dan damai tanpa perlu berperang.
tapi kalau diliaht secara mendalam...,
kesan perang di MALAYSIA dan Gaza tidak jauh bezanya, malah perang kita di MALAYSIA jauh lebih dahsyat berbanding perang di Gaza.
Yalah... buktinya...
1. peratusan bayi yang dibunuh dan dibuang semakin meningkat saban hari.. Gaza sama juga...
2. Perempuan palestin dicabul kehormatannya dengan cara dipaksa. Di Malaysia dengan mudahnya wanita2 

memberikan maruahdan kehormatan mereka kepada buaya2.
Kenapa dikatakan perang di MALAYSIA lebih dahsyat, ustaz Pahrol ada menyebut dan sy tambah sket...
Di Gaza mereka berperang fizikal dan mental yang menyakitkan sehinggakan mereka sedar dan cuba bangkit dari kelalaian utk menentang kezaliman ISRAEL.

Manakala, kita di MALAYSIA, kita berperang dengan pemikiran dan budaya yang amat mengasyikkan. Sehinggakan kita tidak sedar dan terus lalai dan tidur  dan tewas dengan mudah dgn serangan pemikiran dan budaya oleh Israel. Sehinggakan kita rasa bahawa budaya dan pemikiran itu sgt baik dan langsung tidak memudaratkan dan yang paling teruk lagi dia tidak rasa bahawa ini bukanlah satu peperangan yang dahsyat.


KISAH SANG MATAHARI DAN SANG ANGIN

Kita mungkin masih ingat cerita kanak2 mengenai sang matahari dan sang angin yang beradu tenaga untuk menunjukkan siapa lagi hebat.

Pada suatu hari ada seorang tua yang memakai kain untuk menutupi badannya berjalan di satu lapangan. Kemudian, matahari dan angin melihat orang tua tersebut sambil mencabar antara satu sama lain siapa yang berjaya untuk menerbangkan kain tersebut dari badan org tua tersebut. 
Sang angin memulakan, sang angin meniup sekuat kuatnya untuk menerbangkan kain orang tua. Semakin kuat ditiup semakin orang tua tersebut memegang kuat kain tersebut supaya tidak diterbangkan oleh angin. akhirnya, angin menyerah kalah.

Seterusnya giliran matahari, matahari dengan mudah dengan senyuman manis memancarkan cahaya panas terik. Akhirnya orang tua tersebut kepanasan dan menanggalkan kain selimut tersebut.
Moralnya, benda keras tidak semestinya boleh dilawan dengan kekerasan. Dan benda lembut tidak semestinya boleh lawan dengan kelembutan.


Syukur VS sabar

Bagi kamu mana yang lebih mencabar, bersyukur kah bersabar kah?
Mari kita teliti bersama,
Gaza mereka diuji dengan kesusahan dan kesengsaraan supaya mereka bersabar dengan ujian tersebut. Anak mereka dibunuh, saudara perempuan mereka diperkosa dengan kejamnya, golongan lelaki diseksa dan dibunuh.... namun, mereka masih boleh bersabar?

Satu hari ditanya seorang pemuda yang berjuang di Gaza oleh wartawan Malaysia, “Kalau kamu diberikan peluang untuk kamu berhijrah dari bumi palestin ini, di manakah kam uhendak hijrah? Apa yang dijawabnya, saya sama sekali tidak akan berhijrah dari bumi palestin ini. Saya rela mati di sini kerana memperjuangkan agama, bangsa dan negara kami. Allahurabbi... Jihad dan sabar yang diadun cantik sehingga melahirkan seorang pejaung sebenar.
Manakala,

Malaysia pula, diuji dengan kenikmatan supaya kita bersyukur tapi malangnya tidak ramai yang bersyukur. Bersyukur x cukup dengan ucapan alhamdulillah. Mesti diiringi dengan perbuatan dan hati... pendek cerita taatilah ALLAH dan RASUL saw....

Jaranglah orang yang boleh terlepasdari terlalai setelah diberikan nikmat yang melimpah ruah. Cuba kita bayangkan, kita sendiripun boleh tertidur kalau sudah depan katil empuk, dengan suasana yang selesa, tambah pula wangi2an dan gelap pula tu. Cuba bayangkan. Begitulah keadaan kita sekarang.... beruntunglah mereka yang diuji dengan kesusahan....


penipuan bomoh@tukang ramal@tukang tilik


SEMPENA MAAL HIJRAH

Saya ingin berkongsi satu ilmu tentang :

“MEMBONGKAR PEMBOHONGAN BOMOH, TUKANG TILIK DAN TUKANG RAMAL TERHADAP MASYARAKAT KITA”

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya akan ceritakan beberapa situasi yang selalu berlaku dalam masyarakat kita yang kadang2 membuatkan kita sungguh kagum dan takjub sedangkan ianya hanya permainan jin dan syaitan dalam menyesatkan aqidah(keyakinan kita kepada ALLAH swt).

Situasi 1 : “tukang ramal nombor ekor”
 Ramal no ekor biasanya boleh berlaku melalui beberapa cara, sama ada pertama, dia bertemu dengan bomoh atau tukang tilik ataupun kedua, melalui beberapa ritual memanggil jin seperti pergi kubur panggil jin.

Situasi 2 : “bomoh yg boleh tau kisah silam seseorang dengan pemujaan roh@tahdirul arwah”
Keadaan ini biasanya berlaku melalui satu upacara pemujaan untuk menghadirkan konon2 roh si mati dengan tujuan ahli keluarga mahu berhubung, membantu mengetahui hutang2 si mati supaya boleh diselesaikan dan byk lagi. Kita akan percaya dan yakin sebab semuanya yang dikatakan roh tersebut sgt betul. Sehinggakan kurap di kangkang kaki pun roh tersebut boleh bgtau.

Situasi 3 : “bomoh yg boleh kenalpasti siapa yang menghantar sihir dan santau(santau ni adalah racun. Ada 2 jenis. 1. Disertai jin dan tidak disertai jin”

Hal ini biasanya berlaku apabila seseorang yang sakit pelik sehinggakan bertemu dengan doktor. Doktor juga tidak mampu mengenalpasti sakit si pesakit. Dan apabila bertemu dengan seseorang bomoh tersebut, dia mampu menceritakan siapa yang menghantar dan menceritakan perkara2 ghaib. Ghaib bermaksud “sesuatu yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera dan hanya mampu diketahui melalui apa yg diceritakan dalam al-quran dan al-hadith.”

Situasi 4: “tukang ramal masa depan”
Seseorang bomoh yang mampu meramalkan apa yang akan terjadi pada esok hari.


Sekarang saya mau cerita pasal macamana jin2 dan syaitan telah menipu anda dan bomoh sekali. Dan ini tidak diizinkan sama sekali dalam agama ISLAM.

Situasi pertama : “ramal nombor ekor”
1. secara logiknya, sangat bodohlah bomoh yang tau nombor ekor tapi kenapa dia tidak sahaja yang beli nombor ekor first prize tu. Susah2 saja dia jadi bomoh untuk cari duit. Menang nombor ekor tiap minggu kan lumayan.
2. Acara pemujaan di kubur2 dan ada beberapa lagi tempat.
Dengan bantuan jin, ya mungkin jin boleh pergi ke pusat pengurusan nombor ekor dan tilik apa nombor ekor akan keluar besok.
Hal ini adalah tidak boleh, sebab mengapa?
Memohon pertolongan daripada jin itu adalah haram. Berdasarkan dalil
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan” al-jin:6

Situasi kedua : “menghadirkan roh si mati”
Kita kena tau tidak mungkin roh si mati akan kembali lagi. Ini berdasarkan dalil
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” al-isra’ ayat 85.

JADI, timbul satu pertanyaan. Siapa pula yang bercakap itu kalau bukan si mati? Macamana dia buli tau semua tentang si mati dari A-Z, dari lahir smpi mati?

Ya... pertanyaan yang bagus... itulah yang dipanggil qarin. Apa ini qarin? Ia adalah seekor jin pendamping yang mana akan sentiasa mendampingi kita sampailah kita mati. Dan ianya selalu menyuruh utk berbuat kemungkaran kecuali qarin nabi muhammad saw sudah diislamkan dan dibantu oleh ALLAH swt.

Situasi 3 : “mengetahui punca sihir dan santau”
Okay... mana2 yang bomoh yang buli tau hakikat nya konon sihir dan santau. Itu semua BOHONG melainkan mereka meminta pertolongan daripada jin.
Sebab kenapa? Semua sihir dan santau adalah benda2 yang ghaib, jadi satu2nya cara utk mengetahui benda yang ghaib adalah meminta pertolongan jin.
Tapi kena ingat jangan sesekali minta pertolongan jin : kenapa?
1. haram berdasarkan dalil surah al-jin ayat 6.
2. JIN ni kalau kita mau tau sangat penipu. Jangan percaya. Target jin adalah supaya kita berpecah belah semuanya.

Kita pasti ingat kes di kundasang dulu mengenai sebuah keluarga yang bergaduh disebabkan meminta pertolongan bomoh utk menanyakan siapa yang BUAT2 dia atau hantar sihir sma dia? Buli2 tu bomoh cakap ahli keluarganya sendiri. Akhirnya dia percaya cakap bomoh tu dan menuduh tanpa kaji selidik kepada ahli keluarganya itu. Orang lama kundasang pasti tau kisah ini.
Jadi, kalau ada berita yang sampai. Selidiki dulu. Walaupun adik kita sendiri. Manusia, pasti buat silap.


Situasi 4 : “tukang ramal masa depan”

Ni lagilah ketara habis bomoh dan jin2 tu sekali penipu besar.
Kenapa saya katakan seperti ini , ini adalah berdasarkan kisah nabi Sulaiman as.
Hendak dikisahkan ketika mana nabi sulaiman wafat di singgahsananya dalam keadaan dia memegang tongkat. Jin2 semua masih berkerja keras utk menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh nabi sulaiman, sedangkan nabi sulaiman sudah lama wafat. Tapi disebabkan jasad nabi sulaiman dalam keadaan memantau gerak kerja mereka sambil memegang tongkat. Jin2 tetap berkerja keras sehinggalah pada suatu hari kelihatan ada anai2 di tongkat nabi sulaiman barulah mereka tau bahawa nabi sulaiman sudah lama meninggal. Sambil jin2 tersebut berkata “ kalaulah kami tau kematian nabi sulaiman sudah lama kami tidak diseksa berkerja yang menghinakan seperti ini”

So, apa point bomoh dan jin2 boleh ramal masa depan?


Jadi, saya mau akhiri tulisan saya dengan sebuah hadis sahih daripada rasulallah saw. Mafhumnya” barangsiapa yang bertemu dengan kahin(tukang ramal masa depan) dan bertanya tentang sesuatu perkara dan kemudian di mempercayainya, tidak diterima amalannya selama 40 hari”

MUSLIM YANG TERHANTUK


MUSLIM YANG BARU MAHU BELAJAR ISLAM

Ungkapan yang paling sesuai untuk saya gambarkan situasi semalam, “seperti tikus jatuh ke gudang beras”
Kita mengharapkan redha ALLAH, dan ALLAH hantar satu orang yang boleh jadi ladang pahala. Semalam 17 disember 2012, lepas solat isya’ di masjid UMS. Saya, ustaz Nazri dan Ustaz Humam duduk sembang2. Sungguh memang takdir ALLAH, cantik pengaturan ALLAH....

Datang seorang lelaki berbadan besar dan agak stylo skit penampilannya... Dia datang kepada kami, dan bagi salam “Assalamu’alaikum” ....dia bertanya “siapa di sini yang boleh ajarkan saya tentang solat dan ISLAM”... kami pelawa dia duduk dan sembang2...

Alhamdulillah... kata ALLAH “....Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Annur: 21...

 Klu ALLAH mau bagi hidayah kepada seseorang tiada siapa mampu menahannya, dan kalau ALLAH mau bagi sesat kepada seseorang tiada siapa yang mampu menyelamatkannya....


TANGGAPAN YANG SALAH TERHADAP SOLAT

Dia mengadu dengan kami bahawa seolah-olah solat ini susah, niat mestiKAH dalam bahasa arab? dia tidak tau doa iftitah? selawat nabi ibrahim tu termasuk dalam tahiyat akhirkah? Wirid dan zikir itu juga termasuk dalam rukun solat ka? Rasa macam payah sgt.....
sedangkan klu kita menuntut ilmu, solat ni cukup senang, solat boleh sah dengan hanya ada rukun solat yang 13 belas. Cukup ada 13 rukun ni solat boleh sah, namun algi baik klu dibuatkan yang sunatnya...


Apa itu RUKUN ?

Rukun ni adalah benda yang tidak boleh kalau tidak ada. Maksudnya wajib ada lah....
Kita bagi contoh, apa dia rukun masak nasi? Kan ada tiga :
i) beras
ii) air
iii) rice cooker@periuk nasi

cuba kita bayangkan klu satu daripada benda di atas tidak ada, apa jadi?
1. Beras dimasak tanpa air = jadi beras hangus..
2. Beras berendam dalam air tanpa periuk nasi = jadinya bubur yang beras yang tak berapa nak jadi

Itulah dia rukun.. dapat kah?

Begitulah juga dengan rukun solat......
Begitulah juga dengan mandi wajib.... kita kadang2 sibuk ke fikir benda2 yang terlalu tinggi, tapi benda asas kita x tau.... akhirnya semua ibadah kita ditolak oleh ALLAH... kita xtau sama ada diterima atau ditolak tetapi biasanya keadaan sebegitu cenderung utk ditolak...


TAUBATLAH SEHINGGA SYAITAN PUTUS ASA

Kemudian, dia mengadu lagi... saya risau kalau saya sudah bertaubat, nanti saya akan ulangi lagi. Jadi, apa ertinya taubat saya itu?
Saya ceritakan dia satu kisah tentang seorang ahli maksiat yang berjumpa dengan seorang yang ALIM..(credit to ustaz Bahtiar Hud)
“satu hari ahli maksiat ni berjumpa dengan seorang ALim, lalu dia bertanya”  wahai saudara, bagaimana saya mahu taubat nasuha? adakah taubat saya ini diterima?
Setiap kali saya bertaubat, selepas itu pasti saya akan mengulanginya lagi. Saya rasa seperti saya mempermainkan taubat dan ALLAH.
Apa kata si ALIM, taubatlah sehingga Syaitan putus asa.


Okaylah... mungkin lebih senang faham macam ni.... kata HAMKA, diri kita ibarat cermin...

CERMIN DEPAN KERETA VS CERMIN TINGKAP KELAS SEKOLAH

Cermin depan kereta pasti selalu bersih dan jarang yang kotor sebabnya cermin keretakan ada wiper, bila ada kotoran kita tekan butang wiper kereta, wiper tersebut akan berfungsi membersihkan kotoran di hadapan cermin tambah pula ada pancuran air di depan kereta.
Jadi, bila ada kotoran, tekan butang wiper. Terus wiper berfungsi membersihkannya. Hasilnya kita sentiasa boleh nampak jelas jalan di hadapan.

Namun, berbeza dengan cermin tingkap di kelas... kan biasanya gotong royong diadakan sebulan sekali. Jadi, bila cermin sudah kotor. Pemandangan luar kelas yang hijau pun boleh jadi warna kuning debu klu dilihat dari dalam kelas. Itu tandanya cermin sudah penuh dengan habuk. Kemudian, klu mahu membersihkan sekeping cermin. Satu baldi air pun tidak cukup. Lepas tu, susah pula tu mau dilap habuk2nya. Perlu sabun la, span dan kain lap... dan yang tensionnya, ambil masa yang lama. Hasilnya bersih jugalah tapi payah bos kerja2nya berbanding yang kotor skit terus dilap...

Ha....begitulah perumpamaannya dengan taubat selalu, hatinya sentiasa bersih.... daripada titik hitam.
Betapa Pengasihnya ALLAH kepada kita, ALLAH ciptakan satu kalimah. Yang mana merupakan wiper kepada titik hitam yang bertamu di hati kita. Sebab ALLAH tahu manusia itu selalu berbuat maksiat kecuali nabi saw, MURSALIN DAN ANBIYA’...

Itulah dia kalimah “ASTAGIFIRULLAHALAZIM”....


.

Monday 10 December 2012

KEBODOHAN ADALAH IBU PINTU KEMASUKAN PENGARUH SYATITAN DAN JIN DALAM BADAN MANUSIA

terdapat banyak pintu kemasukan syaitan dan jin dalam badan kita. Dan di antara banyak-banyak pintu yang ada. pintu yang paling besar dan pintu ini tukang support kepada pintu-pintu yang lain iaitu kebodohan.

kenapa kita katakan ini adalah pintu paling besar untuk jin dan syaitan masuk ke dalam badan kita? kerana bila kita jahil atau bodoh, kita tidak bahawa terdapat banyak lagi pintu-pintu kecil kemasukan dan pengaruh jin dan syaitan ke dalam badan kita. makanya, kebodohan itu harus dihapuskan dahulu.

Jawapannya menuntut ilmu. 

tapi kena hati-hati... permaina syaitan sangat halus. bila seorang muslim hendak menuntut ilmu, syaitan akan membisikkan ke dalam dirinya. "jangan tuntut ilmu banyak2, nanti susah untuk diamal, kan sia-sia namanya tu" akhirnya kita biarkan diri kita dalam keadaan bodoh.

sedangkan Abu hurairah pernah berkata : "tidak menuntut ilmu itu sudah dikira sia-sia". 

makanya, jangan tewas dengan tipu daya syaitan.



MARAH 

di antara anak pintu kemsukan Jin dan pengaruh syaitan ke dalam diri kita adalah Marah. 

Cuba kita bayangkan kalau marah, urat muka menegang, muka jadi masam, mata merah, darah naik.... wuuhhhh.... ganas... itu zahirnya pun sudah buruk apatah lagi batin yang marah. 
ALLAH ciptakan manusia batinnya itu kan pasti menggambarkan zahirnya.. contoh seorang yang beriman dan hati nya baikpastinya ternampak zahirnya baik akhlaknya, rajin solat dan taat kepada ALLAh dan Rasul..

lalu begitu juga keadaannya marah, batin yang marah selain dari marah kerana maksiat itu buruk. dan keburukan itu pastinya akan terzahir melalui mukanya. 

APa akan terjadi? 

Bila marah biasanya bukan akal lagi yang berkuasa tapi emosi. bila emosi sudah mendominasi akal dan fikiran. pastinya. dia akan memperlakukan sesuatu yang jauh dari kewarasan akal fikiran. kan biasa2 sahaja kita dengar buayafren membunuh gelifren nya kerana gelifrennya curang. bukankah itu sudah luar daripada kewarasan akal fikiran?

dan inilah salah satu pintu kemasukan pengaruh jin dan syaitan ke dalam badan kita. Syaitan akan meniupkan api kemarahan sehinggalah berlakunya sesuatu yang luar kawalan.

JAhanam Syaitan yang direjam!! 

itulah ketika mana seorang shbt bertemu nabi saw utk meminta nasihat. nabi katakan. jangan MArah. lalu pemuda itu bertanya lagi " seterusnya?.. nabi konsisten jawab jangan marah sehingga kali yang ketiga...

makanya, bila marah ucapkan A'udzubillahiminassyaitonnirrojim... "Aku berlindung kepadaMU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam"

Monday 3 December 2012

Alam yang rumit


saban hari demi hari, saya baru faham bahawa sememangnya alam ghaib ini adalah satu alam sangat sukar untuk kita fahami. Ya, walaupun kita fikir kita sudah cukup tau berdasarkan apa yang al-quran dan al-hadith katakan. namun, itu hanyalah permukaan tentang alam ghaib.

Ini adalah berdasarkan banyak kes perbualan dengan jin. namun, saya tidak pasti sama ada jin itu hanya buat-buat cerita. tapi agak mustahil jin itu mampu mereka cipta cerita sedangkan dia dalam keadaan kecemasan kerana sudah diazab dengan ayat2 ALLAH swt.

Hal ini juga dikuatkan dengan beberapa hasil penulisan berkatitan dengan jin.

dalam buku DIALOG PANAS JIN ISLAM DENGAN JIN KAFIR.

penulis pernah berdialog dengan seekor dari golongan jin kafir.

dalam buku yang lain, Dialog dengan jin, saya tidak berapa ingat nama buku tu, penulis juga ada merakamkan perbualan dengan seekor jin islam dan dia bercerita tentang perihal tujuh golongan jin yang l tidak pernah disebut dalam al-Quran dan al-Hadith. Mungkin sahaja sebab saya belum habis mengaji hadith..

Memang dah namanya alam ghaib, tidak tercapai melainkan apa yang disebut dlm al-Quran dan al-hadith.


Udang ooo udang!!!


BANGKAI Udang???

saya mau kongsi skit, pagi hari tu pegi lab tgk baby udang.. hari ni ada pelik skit sbb kelihatan ada berupa bangkai2 udang di permukaan air...

perasaan mula sedih, igtkan mula2 baby udang mati.. rupa2nya, bila diperhatikan betul2 itu adalah kulit udang, udang baru bertukar kulit. itu maksudnya udang sudah transform stage yang seterusnya.. membesar...



KENAPA PERLU TUKAR KULIT??

dalam hati bermonolog sendiri, kenapalah udang tidak terus membesar tanpa menukar kulit baru, yalah, dalam fikiran kita pasti begitu, kerana secara logiknya semakin banyak lapisan semakin kuat, kebal dan kukuh kedudukannya. begitu kan?

secara kajiannya, kenapa udang harus bertukar kulit adalah kerana :
1. untuk memberi laluan kepada kulit baru tumbuh.
2. untuk memberikan ruang kpd badannya utk mengembang dan seterusnya membesar.

ya ALLAH, sungguh ini satu fitrah yang luar biasa dari pemikiran kita, melepaskan yang sedia ada untuk memberikan ruang kepada yang lebih baik berkembang...



APA kaitannya dengan kita?

ya... dalam kepala kita sudah terpahat bahawa memberi itu mengurangkan, melepaskan yang sedia ada itu merugikan..

itu kerana sempitnya pemikiran bahawa rezeki itu hanya yang nampak dan berbentuk wang. sedangkan memberi itu membawa maksud yang cukup luas. senyum itu memberi, mengingatkan manusia kepada ALLAh itu memberi, mem 'post' benda2 baik di FB itu memberi.

dan bagi yang berduit pula, janganlah tanamkan dalam fikiran anda bahawa memberi itu mengurangkan wang saku kita. sebenarnya dengan memberi ALLAH akan melipat ganda rezeki anda. sekali lagi, ditegaskan jangan pandang rezeki itu hanya pada benda yang tangible.

memberilah utk memberi ruang kepada rezeki yang lebih besar dan bersih utk tumbuh.



APA2 TINGU2???

ya... ayat2 ALLAH ni ada dua jenis, pertama ayat MAQRUAH yang utk dibaca seperti al-Quran dan al-hadith dan kedua ayat2 Manzurah, ayat yang utk dilihat iaitu semua makhluk ciptaanNYA seperti gunung ganang, lautan, ikan2an dan etc.

itulah kenapa kalau dilihat ayat2 al-quran tidak lebih 600 yang berbicara tentang hukum hakam. yang selebihnya menyuruh kita melihat dan memikirkan ciptaanNYA.

kan biasa kita baca dalam al-Quran ayat berbunyi afa la ta'qilun, afal tatafakkarun, afala tanzurun, afala yu'minun??

kalau dalam bahasa lembutnya, adakah kamu tidak melihat(ciptaan ALLAH), kamu tidak berfikir tentang kebesaran ALLAH, kenapa kamu tidak mahu beriman? kenapa kamu tidak mahu mentadabbur ayat2 ALLAH?

tapi KALAU BAHASA KASARNYA!!
"kamu ni takdak akal kah?"
"kamu igt kamu pandai sangat kah?
"kamu igt kamu hebat sgtkah?"
"kau letak mata kau di mana? sampai tidak mahu melihat kebesaran ALLAH"??
"kau igt kau boleh hidup kah tanpa izin ALLAH"

ALLAh juga sudah bagi contoh tentang kehancuran kaum2 yang gagah dan kuat seperti kaum Aad dan tsamud kerana keangkuhan dan kseombongan mereka...

saya harap kita sama2 terasalah dengan teguran ALLAH ni, dan secara peribadi diri yang menulis ini terasa lebih panas telinganya.

Pecutan akhir yang tidak macam pecut

PECUTAN TERAKHIRKU

sepatutnya 10 ramadhan terakhir ni adalah fasa pecutan terakhir... mcm ala2 jawab exam gitu.. sbb kita yakin semakin berisi kertas jwpn kita semakin tinggi peluang kita utk dpt jawapan betul...


YAKIN VS PERCAYA...

dua benda ni x sama tuan puan...
kita bg contoh.. suatu masa tengah tuan puan tidur di ruang tamu, tiba2 terdengar bunyi AAAUUUMMMMM 'ngauman' harimau belakang rumah..

pertanyaan saya, anda yakinkah itu adalah harimau benar atau hanya bunyi radio atau orang buat2 mungkin?

mungkin setengah kita berkata "arghhh... mana mungkin harimau.. " tapi anda [pasti percayakan ianya bunyi ngauamn harimau cumanya mungkin harimau betul dan mungkin juga tidak...
tapi bila mana kita p tengok n betul2 ada harimau, anda yakin atau hanya percaya???

ini kalilah betul2 yakinkan.....

apa yang saya ingin katakan, inilah tahap kebanyakkan kita dan mungkin termasuk saya juga...
kita hanya buat benda yang kita nampak ganjarannya..

mengharapkan setelah solat tarawih kita diberikan ganjaran RM 1000 bawah sejadah..
wah!! klu begitu semua orang mau.. lepas solat tgk bawah sejadah ada duit...



SIFAT ORANG MUKMIN

naa... menjadi pertanyaan kita, kenapa statistik muslimin ke masjid 10 ramdhan terakhir ni menurun???

pertanyaan yang menarik untuk dijawab.....

kerana kita tidak yakin 100% adanya ganjaran pahala sehingga 700 kali ganda, pintu keampunan yang tiada penghujung seperti luasnya alam semesta... klu 99% jak keyakinan x jadi tu tuan puan.....



APA AL-QURAN JANJI UTK MEREKA YANG PERCAYA KEPADA PERKARA GHAIB??

[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.


cuba kita lihat, ciri pertama orang yang beriman adalah beriman kpd perkara ghaib...

saya ingin bertanya kepada warga FB....

pahala tu ghaib ka tidak?
dosa ghaib ka tidak?
syurga tu ghaib ka tidak?
neraka tu ghaib ka tidak?


JAWAPAN

sekarang kita sudah dapat jawapan...
semuanya berpunca kerana akar atau aqidah kita tidak kuat...
itulah kenapa aqidah merupakan rukun asas dalam ISLAM...


*ustaz2/ah2, alim úlama, rakan2 Fb yg membaca tulisan sy yg x seberapa ni klu ada salah dan silap mohon tegurannya...

Adakah Zikir 'WAH'???? pelik tapi benar...

KITA INI........... 

mula-mula memang niat kita bagus untuk update status kita, sampaikan benda yang baik2, kalimatan toyyibah, dengan harapan ianya dinilai sebagai ibadah oleh ALLAH tapi bila orang mula 'like' status kita dan banyak pula tu yang like... 

dalam hati kita mula berbunga-bunga...
kali kedua kita post/update status semakin ramai pula yang like..
kali ketiga, niat kita update status bukan lagi hendak beribadah tapi mahukan pujian dan mengharapkan orang 'like' status kita...

lalu saya ingin bertanya kepada kita semua, apakah yang kita harapkan sebenarnya? pujian? klu itulah yang kamu harapkan... apabila sedikit orang yang 'like' status kamu, kamu akan kecewa dan sedih tapi sayangnya sedih kamu tidak dinilai sebagai ibadah, akhirnya ianya hanya sia2...

tapi bila semakin hari semakin banyak orang yang 'like status kita... kita rasa seolah-olah terapung-apung di udara umpama belon yang kembang... best... best dapat pujian dari orang... sedar atau tidak....

lalu timbullah penyakit-penyakit hati,, salah satunya 'ujub...


BAHAYA UJUB

ini memang bahaya, perasaan takjub terhadap kehebatan diri... puji diri sendiri dalam hati " wah! boleh tahan juga status aku kali ni.. ramai orang like.. cewek2/cowok2 pula tu", "wah! dia(buah hati) like status aku lah" dan banyak lagi lah....

sampaikan zikir kita bukan lagi istighfar, tahmid atau tasbih... tapi sudah jadi "TAWAH"(minta maaf cikgu bahasa arab)..
WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH! WAH!... entahlah sampai berapa zikir wah! tu...


ILMU HATI

itulah islam telah mendidik kita bahawa , Aqidah(input) - Ibadah(baja@process) - Ihsan(output).. kita ni belajar tinggi apa-apa jenis ilmupun, hebat macamanapun, hensem/cantik/cute macamanapun, ilmu IHSAN untuk mendidik jiwa jangan dilupa.. Ihsan adalah satu bentuk keyakinan dan perasaan yang merasakan seolah-olah ALLAH melihat kita dalam jua kita buat... dia lebih kurang macam INTEGRITI jugalah tapi integriti tiada nilai2 kerohanian...

tapi untuk dapat ihsan(output) yang baik, input dan proses mesti juga diadun dengan baik dan disertakan baja yang berkualiti barulah kita dapat hasilnya....
tapi malangnya, ilmu2 tersebut sudah kita anggap lapuk, hanya silibus sekolah menengah dan sekolah rendah, hanya budak2 yang belajar benda2 tu...


ADUINA......

kalaulah begitu, bagaimana kita mahu singkirkan perasaan ujub kalau tidak mengikut step yang betul....
alaa....senang cerita macam masak nasi, bolehkah kalau kita masak beras tanpa air? letak beras dalam periuk nasi lepas tekan button cook.. tengok pastu, jadikah tidak nasi tu.... mungkin jadi jugalah tapi jadi hangus bukan jadi masak...

so.... selami jiwa! selamii lautan dalam...hehe

MISKINKAH MEREKA???

MISKINKAH MEREKA

Fuh!! Ada pla berita sekarang ni pasal negeri termiskin di malaysia sekarang ni.....

MISKIN DALAM ISLAM

Miskin???? Kadang2 saya terfikir boleh jadi rakyat kebanyakan di MALAYSIA sudah salah faham tentang pengertian miskin itu sendiri. Bagi saya sebagai seorang muslim, kita kena kembalikan pengertian miskin itu kepada pengertian miskin dalam islam..

Miskin dalam perspektif islam tidak hanya tertumpu kepada nilai-nilai nyata(tangibles) semata-mata seperti wang, harta, kereta dan sebagainya. Namun, juga mengambil kira nilai-nilai yang tidak nyata(intangibles) seperti iman dan tahap nafsu.

KEKAYAAN MATERIALISME

Sekarang kita dididik dengan meletakkan kekayaan itu hanya berteraskan nilai-nilai nyata seperti harta benda, wang dan seumpamanya. Kita meletakkan indikator atau kayu pengukur bagi sesebuah kekayaan itu hanya memandang kepada materialisme semata-mata. Itu adalah hasil doktrin golongan sekularisme. Dan ini tidak baik, hasilnya lahirlah golongan yang hanya berlumba-lumba mengejar kekayaan materialisme. Lalu, di mana kita letakkan Al-Quran dan As-sunnah sebagai sumber rujukan kita yang utama???

UMAT ISLAM HARUS KAYA

Siapa kata salah untuk jadi kaya dunia? Islam tidak melarang. Tetapi perlumbaan untuk mengejar dunia dan untuk bermegah- megah itu yang dilarang. Kerana bila sudah berlaku perlumbaan, maka wujudlah satu prinsip “matlamat menghalalkan cara”. Sedangkan golongan ini sudah ditegur oleh ALLAH swt didalam al-Quran yang suci.

“ Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)”

Tetapi untuk mempercayai ayat seperti ini tentang kewujudan neraka. Keyakinan kepada ALLAH mesti kawan2 letakkan sebagai dasar utama. Kalau tidak pasti tidak ada rasa takut dan terkesan dalam diri kawan2.

MISKIN DAN KAYA PADA MUHAMMAD SAW

Memetik keterangan dari artikel teras transformasi zakat oleh Muhammad Syukri Salleh.”Kita mungkin teringat beberapa kisah yang dirakamkan dalam hadith rasulallah saw.

1. Muhammad saw tidak mengarahkan ahluss suffah yang miskin pada zaman itu untuk menjadi kaya.

2. Seorang Ansar miskin yang datang meminta bantuan Rasulallah Saw kerana tidak tahan dengan kemiskinannya telah diminta oleh rasulallah saw agar beliau bekerja. Pertamanya dilelongkan oleh rasulallah kain dan bekas minuman milik orang miskin Ansar dgn 2 dirham. Kedua diberikan kepada org ansar tersebut 1 dirham untuk memenuhi keperluannya dan 1 dirham utk dibelikan mata kapak utk beliau bekerja mencari nafkah.

3. Tsa’labah yang hendak menjadi kaya dan meminta rasulallah berdoa untuknya tidak pula direstui oleh rasulallah.

4. Saidina Abdur Rahman bin Auf sahabat rasulallah yang kaya berhasrat untuk menjadi miskin tetapi dibenarkan oleh rasulallah.”

Kalau kita tengok tindakan rasulallah saw, kenapa tidak menyuruh ahlus suffah untuk menjadi kaya sbb ahlus suffah sudah kaya jiwa. Sentiasan merasa cukup. Kemudian, tsa’labah yang menjadi kaya rasulallah tidak benarkan sebab rasulallah tau kekayaan itu akan menjadikannya jauh dari ALLAH. Tetapi abdur rahman bin auf pula tidak direstui hajatnya itu kerana walaupun dia kaya namun sentiasa memberi sumbangan ke jalan yang betul iaitu(Fi sabilillah).

LEBIH MULIA KAYA JIWA DARIPADA KAYA HARTA.
Naaaa.... sekarang macamana?
Kalau kaya dan mempunyai harta seluruh malaysiapun tetapi masih tidak merasa cukup. Orang seperti ini tetap juga miskin jiwa kerana tidak pernah merasa cukup dengan nikmat kurniaan ALLAH. Berbanding orang yang miskin walaupun hanya berlaukkan ikan masin shj setiap hari tetapi sentiasa merasa cukup dengan nikmat ALLAH. Maka orang miskin itu jauh lebih kaya jiwa daripada orang kaya tadi.

KELANTAN MISKIN?

Dari segi nilai-nilai nyata seperti harta negara, aset dan wang itu saya belum dapat data yang pasti. Namun, yang pastinya Kelantan tetap sahaja TOP 5 negeri yang paling rendah hutangnya di MALAYSIA berbanding negeri lain. Itu sudah menunjukkan mereka bukan yang termiskin.
Ketahuilah, Kelantan satu-satunya negeri yang pemimpinnya kaya jiwa. Walaupun tidak mempunyai harta yang banyak, rumah yang tidak seberapa dan kereta tidak seperti pemimpin kebanyakkan yang lain di MALAYSIA namun, jiwanya tetap sahaja tawaduk(rendah hati) kepada ALLAH. Kalau pemimpinnya pun sudah begitu sudah pasti kebanyakkan rakyatnya juga akan mencontohi pemimpin mereka.

Kemudian kalau kita kaji secara mendalam Kelantan juga sama seperti negeri2 lain majunya. Yang lebihnya, mereka kaya jiwa. Dan ini sudah tentu jauh lebih mulia di sisi ALLAH swt.

Sekarang persoalannya...

Mahu mulia di sisi ALLAH atau di sisi penduduk dunia??
Renung2kan dan selamat beramal.... coolkannnnn??

POLYMORPH dalam istilah Geologi!!!

PERMATA VS PENSIL

Hari ini saya melihat seorang yang sgt hebat dan seorang yang lemah. Mereka berbeza tapi pada hakikatnya mereka sama. Mereka daripada unsur yang sama tetapi kenapa mereka berbeza? O... ya... disebabkan nilai yang ada pada diri mereka... saya teringat waktu saya belajar batu-batuan dulu... terdapat satu unsur yang sungguh ajaib... iaitu karbon....

Ya....karbon memang satu unsur 
ajaib yang ALLAH cipta... Unsur karbon la yang membentuk permata dan karbon jugalah yang membentuk grafit(Mata pensil)... dua benda ni memang jauh beza yg stu sgt cantik dan kuat manakala yang grafit pula tidak berapa cntik dan lemah...

Permata@Diamond

Permata mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana ianya sangat cantik, bersinar, keras dan kuat!

Namun....

Grafit

Grafit juga daripada karbon tapi grafit walaupun memang ada baiknya tetapi secara fizikalnya ia lembut, hitam dan lemah.

NILAI SEBUAH PERMATA

Walaubagaimanapun, orang yang tidak mengetahui nilai sebenar permata mungkin permata itu tidak bermanfaat untuknya. Macam beruk juga kalau kita berikan mereka cincin emas sekalipun mungkin ditelannya atau dibuangnya ke parit kerana beruk tidak tahu nilai emas tersebut berbeza dengan manusia yang mengetahui nilai emas tersebut.

PENGHASILAN SEBUAH IKON

Permata.... penghasilan permata perlu melalui beberapa fasa dan fasa2 ini cukup2 mencabar dan memang sakitla orang bilang... Karbon dalam proses penghasilan permata telah melalui suhu yang sgt tinggi maksudnya panas la dan juga tekanan yang memang ‘KICK’ orang sabah bilang. Yang akhirnya atom2nya membentuk satu struktur yang cukup kukuh lalu membentuk permata yang berkilauan....

Sungguh fitrah alam ini mempunyai pattern yang lebihkurang sama. Manusia yang hebat juga adalah satu hasil daripada proses tarbiyah(pendidikan) ALLAH swt. Seorang IKON yang terhasil telah melalui beberapa fasa rukun yang menyakitkan, mencabar dan memerlukan banyak pengorbanan.

Saya suka kita mengambil contoh daripada manusia paling mulia yang pernah wujud di muka bumi ini iaitu Muhammad saw. Saya tidak perlu cerita lah bagaimana akhlaknya yang diumpamakan al_quran bergerak. Tapi kita hendak cerita bagaimana penderitaan yang Baginda saw lalui sepanjang kariernya menjadi Rasul sehinggakan ALLAH sendiri mengiktiraf akhlak rasulallah.

“dan sesungguhnya Engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang agung”

Mungkin... penderitaan tu.. anda semua boleh baca kot, banyak di internet tu.....

Oleh itu, untuk menjadi seorang yang IKON yang hebat, sudah semestinya, mau tidak mau kena lalui mehnah dan tribulasi yang cukup2 mencabar. Semakin hebat cabaran yang hadapi itu menandakan anda telah sampai ke satu status yang tinggi.

Walaubagaimanapun, hebat dalam erti kata ISLAM membawa maksud yang cukup2 berbeza dengan tafsiran umum. Hebatnya kenalah merangkumi akal, rohani, jasad dan emosi. Namun, yang terpenting adalah rohani itu sendiri. Namun, mana mungkin anda boleh hebat rohani shj tanpa mengambil kira yang lain.

Jadi, yang lain kena power juga.
Sungguh dengan melihat alam ciptaan Tuhan. Keimanan saya bertambah...lalu saya mengucapkan ... SUBHANALLAH...... maha suci ENGKAU yang tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, jikalau kita orang2 yang berfikir......

Kesimpulannya, mau hebat kenalah melalui fasa yang ‘MENYAKITKAN’. Itulah manhaj kehidupan rasulallah saw. Renung2kan dan selamat beramal.. COOLkan??...

zakat itu membuang yang keruh?

hari ini hari jumaat(27 Januari 2012) , hari jumaat merupakan penghulu segala hari, dijadikan setiap benda yang dicipta oleh MAha PENCIPTA mempunyai susunan organisasi yang paling minimum. Bulan? bulan ramadhan sebagai penghulu.. masyarakat rimba? singa sebagai kepala.. secara ringkasnya mereka mempunyai ketua dan pengikut.. Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak wajar sekiranya makhluk yang tidak be
rakal pun berorganisasi, inikan pula manusia yang berakal... tidak kiralah di peringkat mana sekalipun, hatta dalam dalam unit paling kecil dlm masyarakat sekalipun iaitu keluarga juga memerlukan organisasi. Kepimpinan, pentadbiran, pengurusan dan banyak lagi.... itu lah politik, politik bukan sekadar parti2 politik, bukan sekadar ceramah umum, mengundi, kempen dan sebagainya... tapi rupa2nya kehidupan kita ini adalah politik.... namun begitu, hal yang terpenting kita kena tahu adalah politik dan agama adalah dua pakej yang tidak boleh dipisah2kan... ibarat irama dan lagu, ibarat aur dengan tebing... bukan politik saja, namun akademik, hiburan, ekonomi dan sebagainya juga harusnya seperti itu.. saya kecewa melihat sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan, "eh! kenapa ni ada pla ustaz nak join parti politik ni? ustaz...pegi masjid berzikir, tu mamat yang tak solat, baik pegi ajak dorang solat, bagi ceramah dekat masjid cukuplah... biarlah orang2 politik yang urus" aduina.... sempit sungguh otaknya tu.... sekular sungguh otaknya... inilah pengaruh daripada fahaman darwinisme, darwin ni dia meletakkan manusia ni secara berpuak2.. saya ada menyebutnya dalam tulisan saya tentang darwin yang lepas... boleh baca...

yang atas tu sekadar selingan, namun, pagi ini saya bkannya mahu berbicara tentang politik..
dulu, ada seorang rakan saya datang, bertanya tentang zakat, dia tanya kenapa perlu zakat sedangkan harta atau duit yang kita dapat itu dari sumber yang halal??? tidak bersih ka harta kita tu? bukannya dari sumber yang haram pun..

zakat ini berfungsi sebagai pembersih, " zakku anfusahum bizzakah" mafhumnya bersihkan diri kamu dengan menunaikan zakat....

ya.. memang datang dari sumber yang bersih tapi mana tau ada duit yang x halal bercampur dgn yang halal, contohnya mungkin terambil duit kawan 10 sen x sedarpun, mungkin duit gaji kita, yang dlm kerja kita tu, kita pernah terabai, x buat kerja.. x bersih tu... oleh itu, secara mudahnya kita boleh faham zakat seperti ini, contohlah kita dalam kelas ada 30 orang, namun ada 2 orang ni yang betul2 degil, keras kepala, dan 2 orang ini boleh mempengaruhi dan merosakkan kesemua pelajar dalam kelas tu.. jadi, sebaiknya untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar berlaku, 2 orang ini wajib dikeluarkan untuk mengelakkan drpd ianya merosakkan semua ahli dalam kelas tu..

bila berbicara tentang zakat, saya sebenarnya kecewa dengan sistem zakat kita sekarang. duit berlebihan tetapi orang miskin masih ramai.. dimanakah silapnya kita? zakat kita tidak produktif... ya..dari segi pengurusan pemungutan zakat, kita memang akui memang sistematik dan berkesan tapi dari segi pengagihan? sistem zakat kita sekarang lebih kepada sistem saradiri diri, namun zakat kita tidak produktif... saya tidak katakan semua pusat zakat di malaysia seperti itu tpi ada sebahagiannya..

post ini bertujuan sekadar untuk membuka minda kita... renung2kan dan selamat beramal.....

rumah terbakar

Rumah kebakaran

Hari tu, berlaku satu kebakaran rumah, orang di sekeliling marah2 dan teriak2, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana api tersebut sudah sangat besar dan mereka juga tidak ada alat yang hebat serta kemahiran sebagai seorang bomba, yang mereka mampu hanyalah berteriak dengan perasaan yang marah, antara suara yang kedengaran, “Sial punya bomba! rumah dalam kebakaranpun lam
bat lagi datang!”, ada lagi, “mana bomba ni? ko tauka ada banyak barang berharga dalam rumah tu?”, “bomba ni faham ka tidak tugas dia ni?”,…. semua orang hilang sabar.....

Ya… orang tau, tugas bomba adalah penyelamat di samping pemadam api kebakaran…
Dan orang marah apabila mereka tidak melakukan tugas dengan baik itu memang kebiasaan…

Begitulah dengan polis, hakim, doctor dan seumpamanya mempunyai tugas masing-masing dan kita memang tahu tentang hal itu… kita mahu mereka melakukan tugas dgn baik… tapi yang bawah ni pelik…


‘ULAMA SEBAGAI BOMBA KEPADA API KEMAKSIATAN

Tapi saya ingin bertanya kepada anda semua, kalaulah api kemaksiatan semakin membara di sekitar kita. Ini tugas siapa? Ya.. kita tahu itu memang tanggungjawab setiap orang muslim tapi siapakah yang lebih ahlinya, untuk memadamkan api kemaksiatan tersebut? Tentulah ‘ulama… orang yang faqih agama, tau mana yang ditegah dan mana yang diperintahkan oleh ALLAH…

Dan saya ingin bertanya lagi.. Adakah kemaksiatan itu hanya zina, buka aurat dan minum arak, bukankah kezaliman terhadap rakyat itu satu maksiat? Bukan ketidakadilan itu juga satu bentuk maksiat?

Saya gembira kerana kita masih mempunyai ‘ulama yang baik dan berjuang atas dasar keikhlasan semata-mata mencari redha PENCIPTA SEKALIAN ALAM.

Pertama, kita tidak marah kepada ‘ulama yang benar-benar ikhlas, tapi kita benci dan marah kepada ‘ulama suu’(‘ulama yang jahat), mereka menghalalkan yang haram demi mendapatkan sebungkus MEE SEDAAP.

Kedua, kita tahu tugas ‘ulama memang sebagai bomba kepada api kemaksiatan, kenapa kita marah dan larang mereka apabila mereka mulakan langkah2 untuk memadamkannya? Kan itu memang tugas mereka.. kenapa perlu kita halang?? Malahan kadang2 kita lagi yang menuangkan lagi minyak petrol ke dalamnya agar api kemaksiatan tersebut semakin besar…

SO VERY TOO MUCH THE WRONG, SO VERY TOO MUCH THE WRONG, SOOOOO MUCH!!! (saya minta maaf cikgu bahasa inggeris)


APA KITA PERLU BUAT?

Kata Nabi Saw : “ sekiranya kamu Nampak perkara munkar hendaklah kamu cegahnya dengan tangan, klu tidak mampu cegahlah dengan lisan, kalau tidak mampu cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman”

1. Perkara munkar yang jelas,
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi bercakap tentang hadith shahih diatas mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mempunyai 3 syarat :

1. Perkara yang disepakati haramnya.
Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan didalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dsb) tidak dianggap melakukan mungkar.

2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang.
Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar.

3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran.
Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan/ kuasa.

Makanya, keaiban orang jangan dicari-cari(surah al-hujurat ayat 12). Kita sedih kadang-kadang disebabkan ramai orang mencari-cari kesalahan sebab nak jatuhkan dan hancurkan karakter seseorang dan bukan kerana nak cegah maksiat.

2. DOA adalah selemah-lemah iman dan tiada lagi iman selepas itu.
Mencegah dengan hati. Cukupkah sekadar benci tanpa doa yang sungguh2.
Sedangkan nabi dah janji “DOA itu SENJATA ORANG2 MUKMIN”.

Saya ingin berkongsi dengan rakan FB sekalian tentang kisah kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia sepanyol. Salah satu sebab kejatuhannya adalah disebabkan tidak makbulnya doa pendoa khas.Kerajaan islam ketika itu mempunyai sekumpulan ahli ibadah yang sentiasa berdoa memohon kemenangan dan kesejateraan umat islam di sepanyol dan itulah yang menjadi salah satu tunjang kekuatan umat islam di sepanyol.

Musuh-musuh islam berusaha untuk mencari weakness point kerajaan islam ketika itu dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa kerajaan islam sepanyol ada sekumpulan ahli ibadah yang sentiasa berdoa untuk kemenangan kerajaan islam sepanyol.

Jadi, suatu hari mereka telah merancang suatu muslihat dengan mengadakan majlis perdamaian dan makan malam dan menjemput pembesar kerajaan islam dan pendoa-pendoa tersebut. Kejamnya musuh islam, mereka telah mencampurkan makanan pada mlm itu dgn benda2 yang haram. Setelah selesai makan, pambesar mongul berkata : “ selepas ini doa kamu tidak lagi makbul kerana benda haram sudah bercampur dgn badan kamu “ dan memang benar akhirnya kerajaan sepanyol tewas.

Mungkin Nampak doa macam perkara yang simple tapi ia sebenarnya perkara yang besar.

Kata nabi : “berdoalah walaupun hanya mengikat tali kasut”

Hebatnya kuasa DOA yang sungguh-sungguh.

Assalamua'alaikum.. salam sejahtera.. salam perkenalan... mula berjinak-jinak dengan dunia bloggerz... macam best ja....

Followers