Saturday 3 August 2013

RADIOHEAD



                                                                   [RADIOHEAD]

1. (PEMASARAN) Siapa pernah dengar ni kumpulan Rock?  Menarik tentangnya adalah bagaimana mereka boleh memasarkan lagu mereka dengan begitu hebat?
Kumpulan ini telah melakukan satu strategi ganas apabila para pendengar boleh mendownload secara percuma melalui media elektronik. Dengan hanya solgan kata “It’s Up to You”. Berapa-berapa harga kamu mau bayar, bayarlah. Ramai orang kata, ini kerja gila kerana menggadai harga sebuah karya seni. Walaupun, sepertiga daripada jumlah pen’download mendownload secara percuma tapi sebahagian besarnya masih membayarnya walaupun hanya beberapa pundsterling(kump rock britain), ada 4, 5, 6 dan ..... pounsterling.
Lain orang lain pandangannya, sebahagian besar orang masih tahu harga sebuah seni itu, sehinggakan masih ada orang yang sanggup bayar dengan harga yang begitu mahal.

2. (pandangan hidup) Tertarik dengan sebuah kata2 “ Hanya semut mengerti nilai sebutir gula”. Ya benar. Penting atau tidak sesuatu itu bergantung kepada kefahaman kita terhadapnya. Bunga ros sangat bermakna buat seorang isteri yang datangnya dari seorang suami. Tetapi tidak buat beruk betina walaupun datang daripada kekasih hatinya. Begitulah lumrah kehidupan, walaupun lagu radiohead boleh didapatkan secara percuma namun masih ada insan yang sanggup membayarnya dengan harga yang tinggi.

3. (Ramadhan) Di bulan ramadhan, kita akan nampak dua golongan.
a) golongan yang berkejaran dalam mengerjakan amal soleh.
b) golongan yang hanya memandang ganjaran seumpama lalat yang berterbangan.
Walaupun, kata Allah ganjaran di bulan puasa ganjaran pahala boleh sampai 700 x ganda ganjarannya. Namun, kita seolah-olah tidak melihatnya sebagai benda yang abstrak dan mungkin mustahil merebut peluang ini. Sehinggakan ada orang memandang di masa bulan puasa mereka merasakan mereka kalau boleh tidak mengeluarkan se sen pun untuk jimat. Tapi di sudut yang lain pula, ada orang yang menghabiskan licin gaji bulannya hanya untuk beramal di bulan ramadhan.
Kadang2, saya juga tertanya-tanya. Siapa yang silap sebenarnya, adakah golongan da’ie masih tidak sampai sebaran dakwahnya atau memang golongan mad’u(orang yang menerima dakwah) terlalu memilih milih untuk cara menerima dakwah. Sedangkan dunia siber sekarang, penyampaian maklumat seolah-olah tiada batasnya.
Namun, satu prinsip yang kita kena pegang. Jikalau ALLAH berkehendakan kebaikan terhadap seseorang itu, akan dikurniakannya kefahaman agama.


-salam 25 ramadhan 1434 H- 

Followers