Wednesday 3 April 2013

Dakwah kepada JIN YANG TERIKAT KERANA SIHIR


DAKWAH KEPADA JIN KANAK-KANAK

Kisah ini saya petik daripada tulisan Muhammad Abduh Maghauri
Seorang pesakit perempuan yang terkena penyakit lumpuh. Menderita senak di perut. Walaupun, sudah berubat dengan ramai doktor perubatan moden. Namun, tidak memberikan sebarang faedah. Kemudian, mereka datang untuk berubat dengan M.A.M.

Dia memulakan  rawatan dengan membaca

1) Al-fatihah
2) Surah al-Baqarah ayat 255-257
3) Surah Ali-Imran ayat 18-19
4) Surah al-mukminun  ayat 115-118
5) Al-hasyr 21-24
6) Ad-Dukhan ayat 40-49

Ketika dia(M.A.M) mengulangi bacaan surah ayat ad-Dukhan lebih daripada 7 kali, jasad perempuan tersebut meronta ketakutan, tangisan dan kedengaran jeritan. Dan berlakulah dialog antara keduanya,

M.A.M : dengan nama ALLAH siapakah bersamamu?
Jin : ah!!! Ah!!! Ah!!!

M.A.M : Saya bersumpah ke atas kamu dengan nama ALLAH yang Maha Agung, kuasanya yang sedia ada, KemuliaanNya yang tidak dipinta, kekuasaanNYa yang tidak dizalimi dan kudratNYA yang menundukkanmu untuk bercakap dengan sulaiman..

Jin : saya..saya.. saya...

MAM : siapa kamu?

Jin : saya Fisionera

MAM : apa agama kamu?

Jin : Aku tidak tahu. Percayalah denganku. Aku tidak tahu.

MAM : adakah ada jin betina yang tidak agamanya?

Jin : ya. Kerana aku masih kecil.
(berdasarkan kata-katanya yang lambat. Memang benar suaranya menyerupai  suara bayi perempuan kecil walaupun perempuan yang sakit itu sudah berumur lebih 40 tahun)

MAM : apa pandangan kamu mengenaio islam?

Jin : Aku masih kecil dan tidak tahu apakah itu islam.

MAM : islam agama fitrah, agama kasih sayang dan keharmonian, agama keheningan, kasih sayang dan persaudaraan, agama yang datang untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan melepaskan meraka dari kebinasaan. Itulah agama yang benar dan selainnya batil.
Jin : mudah-mudahan aku memeluk agama ini sekiranya ia sepertimana yang kamu katakan. Aku tidak menyempurnakan haknya lagi kerana ia lebih besar dari apa yang kamu katakan.
Bagaimana aku boleh masuk islam?

MAM : dengan mngucap ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”

Jin :  aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”

MAM : selepas ALLAH memberi nikmat agama ini, saya ingin bertanya mengapa kamu masuk jasad ini?

Jin : Aku tidak tahu melainkan kerana aku terikat di atas air kemudian aku masuk jasad perempuan ini lalu aku tahu ia adalah sejenis sihir hembusan dengan urusan ALLAH kerana ikatan di atas air sebahagian dari jenis sihir hembusan

MAM : kamu masuk islam dengan kelebihan yang ALLAH beri. Perkara penting dalam agama ini ialah tidak melakukan kezaliman sedangkan kamu melakukan kezaliman terhadap perempuan ini dengan memasuki jasadnya. Sekiranya diizinkan ALLAH, adakah kamu akan keluar?

Jin : alangkah agung agama ini. Tetapi bagaimana aku boleh keluar?
(terdengar jeritan mengerang kesakitan. Dia(jin) telah diikat dan MAM rasa seperti dicekik)

MAM : membacakan surah al-Anfal 7-10

Jin : segala puji bagi ALLAH, ikatan diriku telah terlerai.

MAM : kalau begitu kamu akan keluar sekiranya diizinkan ALLAH?

Jin : benar. Tapi saya tidak tahu cara keluar.

MAM : mula membacakan surah yasin.
Alhamdulillah akhirnya jin itu keluar dengan izin ALLAH.

Beberapa pengajaran yang boleh diambil :

1) tukang sihir yang jahat biasanya menugaskan jin kecil yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik lerama terikat. Untuk membuka ikatan boleh ikhtiar untuk membaca surah al-anfal 7-10.

2)tukang sihir bijak dengan menugaskan jin kecil  agar membataskan jalan keluarnya daripada badan pesakit.


perjalanan muallij( IKLAN SKIP)


Untuk sambungan tulisan mengenai perjalanan muallij sepatutnya sekarang kita berkongsi berkaitan dengan perkara ghaib tapi saya berbaik sangka mungkin para muallij sekalian sudah hadam berkaitan dengan asas-asas dalam memahami perubatan islam menangkis gangguan makhluk halus. Oleh itu, saya akan lompat terus kepada kemahiran dalam dialog dengan jin, bagaimana kita hendak berdakwah dengan jin kafir yang keras kepala, jin islam yang zalim dan banyak lagi. Nampak benda amcam remeh tapi sebenarnya ini adalah suatu cabang kemahiran dalam berdakwah kepada jin, dan kemahiran ini tidak jauh daripada bagaimana kita hendak berdialog dengan manusia. Kerana jin mempunyai psikologi yang sangat hampir dengan bangsa manusia. Ini hanyalah perkongsian daripada pengalaman sahabat2 muallij dan juga saya petik dialog daripada beberapa buah buku tentang dialog dengan jin.

Semoga bermanfaat buat semua.... 

Followers