Monday 17 June 2013

BAHAYA BUKU "Dialog Dengan jin Muslim"

Sekadar ingin berkongsi tentang sebuah buku. Mungkin tidak ramai yang membaca buku ini di Malaysia tapi di sebelah negara-negara arab buku ini telah tersebar luas sehinggakan buku ini dalam masa yang singkat sudah mencapai cetakan yang keempat. Judul buku itu adalah  “Dialog dengan jin islam” tulisan Muhammad Isa Dawud. Tujuan saya menulis pada kali ini adalah untuk memberitahu kepada semua muslimin bahawa poin utama serangan Iblis dan syaitan bukanlah untuk menyuruh muslimin berbuat dosa sahaja tapi matlamat agung iblis dan Syaitan laknatullah adalah untuk memastikan semua manusia syirik kepada ALLAH khususnya umat muslimin.



Dan itulah yang saya nak tekankan dalam tulisan ini, dalam buku “ Dialog dengan jin islam”, pertama, jin islam yang berbicara dengan penulis banyak mengajarkan perkara baru kepada manusia.  Sebagai contoh diajarkan doa-doa yang nabi sendiri tidak pernah ajarkan.  Kedua, banyak kenyataan yang boleh membawa manusia syirik kepada ALLAH. Mana mungkin jin muslim yang dalam buku ini boleh mensahihkan hadith sebuah hadith dengan alasan kerana mereka sudah hidup beratus tahun. Tidak cukup lagikah ‘ulama2 yang kita ada untuk menentukan taraf sesuatu hadith itu??  Jikalau anda membaca buku ini, anda akan dapati banyak kenyataan yang menarik dan mungkin tidak pernah kita terfikir. Itulah sebenarnya yang sangat merbahaya. Namun, bukankah sudah jelas dalam Al-Quran surah al-maidah ayat 3, mafhumnya : “...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...”.  


Secara jujurnya saya juga hampir terpengaruh dengan apa yang ditulis di dalam buku “Dialog dengan jin islam”. Namun, dengan berkat kasih sayang ALLAH. Allah datangkan satu buku yang menjawab segala pertanyaan dan kekeliruan dalam buku tersebut iaitu buku yang bertajuk “Alam Jin” merangkap bantahan terhadap buku ‘Dialog dengan jin Islam”. Selepas ini, sesiapa yang membaca buku ini. Terlebih dahulu mesti ada asas yang kukuh. Saya tidak halang untuk dibaca, bacalah sebanyak mana yang anda suka tetapi bukan semua harus diserap bulat2. Mesti ditapis berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah Kerana segala apa yang kita perbuatkan akan dipersoalkan oleh ALLAH swt.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan” Al-isra’ : 36.

buku yang saya maksudkan adalah




Sekali lagi saya ingin tekan, apa yang saya hendak sampaikan adalah bukan tentang jin. Tetapi poin utama adalah matlamat agung Iblis dan syaitan untuk memastikan manusia syirik kepada ALLAH. Tidak kira melalui jalan apapun, sama ada ekonomi? Hiburan? Kehidupan seharian? Politik? Dan sebagainya... kerana syirik kepada ALLAH tiada ampun di sisi ALLAH melainkan neraka jahanam menjadi balasannya.

Semoga tulisan daripada insan yang lemah yang serba ringkas ini bermanfaat untuk semua.


Lupa satu lagi,

saya juga menjumpai buku ini di kedai buku Harris OneBorneo dalam kulit muka depan yang terbaru. Hati-hati...


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang penting untuk orang Islam.

    ReplyDelete

Followers