Monday 7 January 2013

PERJALANAN MUALLIJ 2 ( AQIDAH SENJATA ORANG BERIMAN)


AQIDAH SENJATA ORANG-ORANG BERIMAN

Bersambung daripada tulisan saya yang lepas hari ini kita akan mulakan perjalanan kita mengenali Jin. Sebelum kita pergi lebih jauh, antara asas yang terpenting sebelum kita mempelajari apa jenis ilmu sekali pun. Aqidah merupakan asas terpenting sebagai benteng menangani godaan dan serangan syaitan dan Iblis.
Setiap orang mesti ada sandaran atau pegangannya dalam hidup. Dan pegangannya itu adalah berdasarkan apa yang diyakininya. Jadi, sebagai orang islam. Apa lagi yang lebih kita yakini melainkan Al-Quran dan al-hadith? Justeru, segala apa yang ditulis di dalam al-Quran semestinya kita imani. Hatta sebuah huruf. Saya bagi contoh satu perkataan iaitu ‘KALBUN’ DAN ‘QALBUN’. Keduanya mempunyai bunyi yang hampir sama tapi makna yang sgt berbeza. Ya.. benar.... kalbun = anjing manakala qalbun = hati. Sekiranya satu huruf kita buang atau gantikan dengan yang lain sudah memberi maksud yang menyimpang. Apatah lagi, mengubah hukum-hukum Allah.
So, wajib meyakini apa sahaja perkataan daripada AL-Quran dengan panduan dan kefahaman daripada ‘ulama.


 
KEKUASAAN DAN KEESAAN ITU HANYA MILIK MUTLAK ALLAH SWT.

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
Al-Ikhlas : 1-4
(sekiranya ada perkataan atau tulisan ini menyimpang daripada ikatan aqidah yang sebenar iaitu ahlus sunnah wal jamaah, saya mohon untuk terus tegur, in sya ALLAH saya terima dengan hati yang terbuka)
Aqidah bermaksud ikatan atau simpulan. Iaitu ikatan kita dengan ALLAH swt.

Ikatan ini ada 2 jenis :
1) zahir
2) Maknawi

Pertama, ikatan zahir adalah ikatan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sepertinya ikatan tali pinggang, ikatan pada bungkusan. Dan ikatan zahir ini adalah lemah. Dan boleh dibuka oleh orang lain. Pastinya teman-teman sekalian pernah kehilangan kunci almari atau bilik dan akhirnya. Walaupun terkunci tetapi oleh kerana ada duplicate kunci mungkin milik teman kita,kita terselamat dan pintu yang terkunci tadi akhirnya boleh dibuka. Nampak lemahnya ikatan zahir.

Kedua, ikatan maknawi. Ikatan ini adalah ikatan yang ada tapi tidak nampak. Kita bagi contoh, ijab dan qabul suami isteri. Semasa akad nikah, sekali suami menerima nikah bakal isteri dengan ucapan “aku terima nikah si Fulan binti Si fulan” dengan mas kawin Rm xxx tunai”. Maka terikatlah si suami dan si isteri dengan ikatan pernikahan dan ikatan ini tidak boleh dibuka oleh sesiapapun melainkan orang yang terlibat sahaja. Hanya si suami dan si isteri.
Dan ikatan ini terlerai sekiranya si suami melafazkan lafaz perkataan ‘talak’. Walaupun, ada orang lain yang berminat dengan si isteri namun dia tidak boleh membuka ikatan keduanya melainkan yang terlibat sahaja.


 
IKATAN KITA DENGAN ALLAH

Jadi, secara ringkasnya begitulah bagaimana kita terikat dengan Islam dan ALLAH. Sekali kita mengucapkan Syahadatain melalui lisan dengan keyakinan dalam hati maka terikatlah kita dengan islam dan tiada seorangpun boleh membuka ikatan kita melainkan diri kita sendiri. Sejauh mana kuatnya ikatan kita dengan ALLAH swt itu bergantung sejauh mana kita yakin dengan ALLAH swt.

KONTRAK HIDUP MATI

Atau dalam kata lain, aqidah ini adalah satu kontrak kita dengan ALLAH swt dan kontrak ini adalah kontrak kita hingga ke akhir hayat kita. Yang mana, sekali kita mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh keimanan maka kita wajib memenuhi segala tuntutan perjanjian berdasarkan Al-quran dan al-hadith. Sekiranya Al-Quran menyuruh kita tinggalkan benda yang haram, wajib kita tinggalkannya. Sekiranya kita melanggar maka berdosalah kita. Apatah lagi kalau kita tidak mempercayai ALLAH swt. Boleh tergelincir aqidah kita.


 
BAGAIMANA HENDAK MENGUATKAN IKATAN KITA DENGAN ALLAH???

Secara ringkasnya ada dua cara iaitu melalui ayat-ayat Maqruah dan ayat-ayat Manzuroh.

1. Ayat-ayat Maqruah, maksudnya ayat yang boleh kita baca.
Sudah tentu ayat2 daripada al-Quran dan al-Hadith. Kalam ALLAH banyak menceritakan tentang kebesaran dan keesaan ALLAH swt.

Salah satunya :

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Surah al-Baqarah : 255.
Ayat kursi ini menggambarkan satu bentuk keagungan ALLAH swt daripada segala aspek yang tidak mampu tercapai oleh pemikiran dan imaginasi kita. Maka, sudah tentulah ayat ini mampu meningkatkan keyakinan kita kepada ALLAH swt bahawa DIA lah yang menguasai segalanya dan tidak ada tempat pergantungan yang lain melainkan DIA.

2. Ayat-ayat Manzurah

Sesungguhnya, ini adalah ayat2@tanda2 yang menunjukkan kebesaran ALLAH yang boleh dilihat dengan mata kasar melalui pandangan mata hati.

Walaubagaimanapun, ayat2 ini hanya akan terkesan kepada orang yang benar-benar mahu mencari kebenaran penciptaan alam, orang-orang yang berfikir dan orang-orang bersyukur.

Cuba lihat jari anda, sungguh ajaib penciptaannya, bermula daripada panjang jari jemari manusia. Semuanya berbeza panjangnya untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Bayangkan jari jemari kita semuanya panjang belaka. Pastinya susah untuk kita menggenggam tangan. Begitu pula dengan kuku kita, tumbuhnya tidak terhenti , hampir setiap minggu kita akan memotongnya. Dari mana tumbuhnya kuku itu, kajilah. Pasti ada jawapannya.

Jadi, sudah pastinya melihat peciptaan alam dan seisinya itu dengan pandangan mata hati itu pastinya menimbulkan rasa kebesaran ALLAH yang menciptaan sesuatu yang tidak mampu ditiru oleh manusia.
Itulah kenapa, dalam ayat al-Quran banyak yang menyuruh kita untuk melihat, berfikir tentang penciptaan semua ini. “apakah kamu tidak berfikir”?” apakah kamu tidak beriman?”, “apakah kamu tidak melihat?”

Kita petik satu ayat :
“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi KAUM YANG MEMIKIRKAN.” 2 : 156

Cuba lihat ayat yang terakhir itu, sesungguhnya ALLAh menyuruh kita melihat tentang apa yang berlaku di sekeliling kita agar meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ALLAH swt.
Nah... harapnya dengan melihat kebesaran penciptaan ALLAH pastinya dapat meningkatkan keimanan kita kepada Alllah swt.


 
TERGELINCIRNYA AQIDAH

Ini adalah perkara yang sangat kita takuti sebabnya seseorang itu boleh terbatal aqidahnya@kontraknya dengan ALLAH swt secara tidak sengaja.
Kalau orang yang sedar bahawa ianya sudah terkeluar daripada Islam iaitu murtad mungkin kerana diajak oleh pihak2 tertentu maka itu adalah perkara yang jelas dan dia insyaALLAh masih ada kemungkinan untuk masuk islam.

Tapi cuba kitabayangkan muslim yang tidak sedar bahawa dia sudah menagalami kegelinciran aqidah. Dia sudah pastinya tidak pernah merasa salah jadi dia akan merasakan buat apa dia perlu bertaubat kerana dia tidak pernah murtad sedangkan kalau diteliti secara mendalam. Boleh jadi sahaja dia sudah murtad tanpa disedari. Perkara sebegini amat bahaya teman2 sekalian.
Kegelinciran ini boleh berlaku melalui tiga jalan iaitu hati, lisan(lidah) dan perbuatan.
Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah apa2 sahaja perlakuan dan percakapan kita ada unsur-unsur menyekutukan ALLAH swt itu akan menyebabkan kegelinciran aqidah.

1. hati
Meyakini bahawa adanya sesuatu kuasa yang lebih hebat daripada ALLAH swt itu sudah syirik. Contohnya, kita meyakini bahawa bos kitalah segala-galanya tempat kita bergantung kepadanya sehinggakan kita rasa bahawa kalau bos kita tidak ada, kita akan hilang punca rezeki.
Sedangkan rezeki datangnya daripada ALLAh.
2. Lisan
Inipun selalu terjadi, bagaimana kita kadang-kadang bercakap “kalaulah bukan si fulan yang menyelamatkan saya mungkin saya mati sudah”. Ini adalah satu bentuk percakapan yang boleh membawa kepada kegelinciran aqidah.
Ya.. secara tidak langsung, orang yang berkata sebegini sudah meyakini bahawa kuasa si fulan lebih besar daripada ALLAh swt. Bukankah itu sudah menyetarakan kuasa ALLAH swt dgn kuasa si fulan yang hanyalah makhluk yang lemah. Sedangkan yang memberikan keselamatan itu adalah ALLAH swt. ALLAh sgt murka kepada manusia yang menyamakanNYA dengan sesuatu apa pun.
3. perbuatan
Ini sudah jelas, dan diterjemahkan dalam perbuatan. Contohnya menyembah berhala, merayakan peryaan yang bertentangan dengan aqidah islam.

Dan perkara ini masih subur dalam kalangan masyarakat kita masa kini terutamanya meminta pertolongan daripada jin, bomoh dan seangkatannya. Meyakini bahawa tangkal2lah yang memberikan keselamatan dan jampai mantera yang tidak diketahui maksudnya.
Sedangkan ALLAh dan Nabi saw melarang keras semua perbuatan ini.

Nabi saw :
“sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan sihir pengasih itu syirik”

“barangsiapa yang datang kepada tukang tilik, bertanya dan mempercayainya maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”

Sangat keras peringatan daripada ALLAH swt dan nabi saw.

Oleh yang demikian, hati-hatilah kita dengan tipu daya Iblis dan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menggelincirkan aqidah umat islam dengan apa cara sekalipun.

Sedarilah teman2 sekalian, dalam satu hadith rasulallah saw , mafhumnya lebih kurang begini. :
“Wahai anak adam, sekiranya kamu datang kepadaKU dengan membawa dosa sepenuh bumi dan engkau memohon ampun kepadaKU, nescaya AKU akan ampunkan melainkan MENYEKUTUKAn AKU(ALLAH)”....

Syirik adalah satu dosa yang tidak ada ampun di sisi ALLAH swt.
Semua penerangan saya di atas adalah hanya ringkasan. Boleh rujuk ‘ulama2 dan buku aqidah. Mohon tegur sekiranya ada kesalahan.
Pada tulisan saya yang seterusnya kita akan berkongsi tentang alam ghaib, setelah kita meyakini bahawa al-Quran itu kalam ALLAH. Maka pastinya kita tidak ragu apa yang ada dalam Al-Quran. Sebabnya membicarakan tentang perkara ghaib adalah hal yang sukar dan terbatas melainkan hanya apa yang diceritakan dalam al-Quran dan al-Hadith.


No comments:

Post a Comment

Followers