Thursday 17 January 2013

Belajar daripada seekor Jerung



BELAJAR DARIPADA SEEKOR JERUNG

Jerung! Bila sebut sahaja tentang Ikan Jerung pastinya tergambarlah satu gambaran yang cukup  negatif terhadap ikan jerung. Yalah, kita sudah dididik sejak daripada sekolah tadika lagi bahawa ikan jerung itu adalah seekor ikan daripada keluarga Karnivor iaitu ikan yang memakan daging. Oleh itu, sangat berbahaya kepada manusia terutamanya nelayan, perenang dan penyelam laut dalam. Jikalaulah kita berenang dan bermain-main di suatu tempat yang dipenuhi dengan ikan jerung pastinya kita seolah-olah meletakkan diri kita dalam kebinasaan.


JERUNG SEBAGAI PENGIMBANG

Walaubagaimanapun, Maha Suci ALLAH swt menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia tanpa ada  fungsinya di dunia. Makanya, para saintis telah mengkaji tentang keberadaan ikan jerung dalam satu komuniti ikan yang besar. Rupa-rupanya ikan jerung merupakan pengimbang kepada suatu komuniti ikan. Bagaimana ikan jerung boleh bermanfaat kepada komuniti ikan ini? 

Pertamanya, Ikan jerung rupa-rupanya hanya akan menyerang mangsanya daripada bangsa ikan yang dalam keadaan lemah mungkin disebabkan faktor ikan tua atau berpenyakit yang berjangkit. Kerana biasanya ikan yang berpenyakit ini berbahaya kepada ikan yang lain dalam komuniti tersebut, ikan yang berpatogen(bakteria yang menyebabkan kemudaratan kepada ikan) akan menyebabkan komuniti itu semuanya dijangkiti dan seterusnya berpenyakit lalu meninggal.

Keduanya, di dasar laut ada sejenis spesis penyu yang suka makan rumput laut(sea grass). Sedangkan rumput laut ini adalah habitat dan sumber makanan bagi banyak organisma akuatik dasar laut. Selain itu, juga merupakan agen peneutral keadaan air. Ikan jerung merupakan pemangsa kepada penyu spesis ini, jadi akan tiba suatu masa ikan jerung menyerang menyebabkan penyu tersebut berhijrah ke tempat lain. Kalaulah penyu tersebut tidak berhijrah pastinya habis semua rumput laut dimamah oleh sang penyu.
Naaa... begitu besar fungsi jerung sebagai agen penyeimbang komuniti. Cuba bayangkan kalau ikan jerung tidak ada pastinya berlakulah ketidakseimbangan dan masalah dalam ekosistem laut ini. Seterusnya sedikit sebanyak juga memberi kesan kepada sumber protein manusia. Itu baru fakta yang dikaji oleh saintis belum lagi fakta yang hanya ALLAH mengetahuinya.
Maha suci Allah daripada menciptakan sesuatu itu sia-sia. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.....


PANDANGLAH DENGAN PANDANGAN MATA HATI

Kita kadang-kadang hanya melihat kepada keburukan seseorang itu sehinggakan kebaikannya yang begitu banyak sudah terhijab dek kerana satu keburukannya. Mungkin dia tidak baik satu keadaan tetapi dia bagi dalam suatu keadaan yang lain. Kata Prof. Dr. Muhaya “orang yang selalu nampak keburukan orang lain adalah oang yang hatinya penuh dengan kekotoran, seperti limau masam, kalau di perah sampai ke titisan yang terakhir, tetap masam juga airnya”. Jadi, jikalau kita sering sahaja melihat orang dengan pandangan melihat keburukannya dahulu pastinya itulah diri anda yang penuh dengan kekotoran jiwa. Tidak kiralah siapa orang tersebut, mungkin ibubapa melihat keburukan anak2nya, pemimpin kepada orang yang dipimpinnya hinggalah diri kita sendiri melihat keburukan dalam diri kita. Walauapapun keburukan seseorang itu harus dipandang dengan pandangan mata hati iaitu dengan sifat fitrah manusia berkasih sayang, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Kenapa kita melihat saudara semuslim kita penuh dengan kebencian? Bukan kasih sayang itu hak muslim kepada muslim yang lain. Allahu Rabbi.. Sungguh hati kita penuh dengan kekotoran....

Dua tindakan yang bijak bila berhadapan dengan suatu kelemahan orang lain, Pertama, keburukannya dan kelemahannya itu mungkin boleh diarahkan kepada kebaikan dan kedua, harus juga kita memikirkan kaedah terbaik untuk membaikinya. 

Pertama, Mungkin sahaja disebalik keburukan dan kelemahannya itu ada kebaikan. Saya tertarik dengan sebuah filem hindi, iaitu filem Taara Zameen Par, filem ini mengisahkan sepasang suami isteri dan mempunyai seorang anak yang mempunyai masalah Dyslexia. Anaknya tidak pandai membaca walaupun mengikuti pengajian di sekolah, sedangkan teman-teman seangkatannya sudah boleh membaca. Ibubapanya hampir buntu dan bercadang untuk menghantar anaknya ke sekolah kanak2 istimewa(OKU). Akhirnya, muncul seorang cikgu yang memahami keadaan budak tersebut. Rupa-rupanya masalah budak tersebut sehinggakan tidak boleh membaca adalah disebabkan apabila melihat huruf dan angka digit, dia melihat seolah-olah huruf2 dan angka digit menari-menari. Budak ini sebenarnya dikurniakan satu kelebeihan daya imaginasi yang terlalu tinggi. Ketidakboleh bacaan budak tersebut mungkin perlukan teknik berlainan  dan sedikit kesabaran dalam mendidik. Namun, kalau diarahkan ke arah yang betul dan cara yang sesuai pasti memberikan manfaat yang begitu besar.  

Selain itu, saya juga tertarik bagaimana rasulallah saw mengendalikan kelemahan seseorang  kepada kebaikan. Saya teringat suatu kisah yang pernah seeorang sahabat saya ceritakan tentang kisah seorang Sahabat RasulAllah. Dalam peristiwa musafir Rasulallah, dalam kalangan banyak2 sahabat Rasulallah. Ada seorang sahabat yang selalu suka berlengah-lengah dalam perjalanan musafir, Rasulallah tidak terus mengeji sahabat tersebut malah diberikan tugas oleh rasulallah kepada sahabat tersebut sebagai pemeriksa yang akan bergerak di barisan paling belakang untuk memeriksa keadaan tempat tersebut setelah semua bergerak manalah tau sekiranya ada orang yang tertinggal. Nampak, fatonahnya nabi saw....  Sollu ‘ala Rasulillah

Kedua, konsistenlah dalam memberikan teguran. bagaimana cara menegur yang berhikmah dalam menegur?. Kata Dr. Zaharuddin Abdul Rahman “menegur secara berhikmah itu bukannya bermaksud semestinya berlembut atau semestinya berkeras tapi berhikmah itu adalah dengan menjalinkan hubungan yang baik terlebih dahulu, barulah kita mudah untuk seseorang itu menerima apa yang kita katakan”. 

Berbalik kepada cerita jerung, haruslah kita memandang sesuatu dengan pandangan mata hati iaitu dengan kasih sayang kerana ALLAH itu maha pengasih dan Maha Penyayang. Hatta, jerung tersebut walaupun nampak garang tapi sebenarnya mereka adalah binatang yang banyak memberikan manfaat terhadap ekosistem laut yang kebaikannya bermanfaat untuk semua makhluk bumi dan tempiasnya juga kena pada manusia.

-tazkiyyatunnafs-

1 comment:

  1. salam. good job.. thumbs up
    tp maaf,mcm ad ttinggal satu pktaan penting.
    "Maha Suci Allah mciptakan ssuatu itu dgn *TIDAK sia-sia..."
    tulisan yg menarik. sngt santai tp pdat dgn isi bmanfaat. tahniah dn timaksih ats pkongsian.

    ReplyDelete

Followers