Waktu baru mau start tulis ni tulisan, mcm
berat jak tangan, berbondong2 bala tentera iblis dan setan datang......
memberikan seribu satu alasan...
Tapi tidak apa, lawan dan berjihad menentang
nafsu....
Sering teringat kata ALLAH dalam al-Quran “
Siapakah yang lebih baik perkataannya melainkan orangnya melainkan orang yang
menyeru kepada ALLAH dan beramal soleh dan mereka berkata kami ini adalah dari
kalangan orang yang berserah diri”
Saya masih ingat nasihat murabbi dalam ilmu
perubatan islam, ustaz Nik Anwar, ketika mana seorang bertanya kpd ustaz apa
itu ikhlas? Ustaz sebut tentang sebuah kata2 daripada Fudail Bin Iyad “
Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia ialah riak dan melakukan suatu
perbuatan kerana manusia ialah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika ALLAH
memeliharamu daripada kedua-dua sifat ini”.
Susah mau ikhlas .. tapi usahalah...
insyaALLAH boleh klu betul2 azam dlm hati.
Berkaitan dengan Perang Gaza-Israel...
Pertama sekali bila kita lihat keadaan ini berlaku,
Terdetik dalam hati kita, “aduh kasihannya
orang palestin, terpaksa berkorban nyawa utk berperang mempertahankan tanah air
mereka”. Kemudian dia menyambung lagi, Beruntunglah kita yang hidup di
Malaysia, hidup aman dan damai tanpa perlu berperang.
tapi kalau diliaht secara mendalam...,
kesan perang di MALAYSIA dan Gaza tidak jauh
bezanya, malah perang kita di MALAYSIA jauh lebih dahsyat berbanding perang di Gaza.
Yalah... buktinya...
1. peratusan bayi yang dibunuh dan dibuang
semakin meningkat saban hari.. Gaza sama juga...
2. Perempuan palestin dicabul kehormatannya
dengan cara dipaksa. Di Malaysia dengan mudahnya wanita2
memberikan maruahdan
kehormatan mereka kepada buaya2.
Kenapa dikatakan perang di MALAYSIA lebih
dahsyat, ustaz Pahrol ada menyebut dan sy tambah sket...
Di Gaza mereka berperang fizikal dan mental
yang menyakitkan sehinggakan mereka sedar dan cuba bangkit dari kelalaian utk
menentang kezaliman ISRAEL.
Manakala, kita di MALAYSIA, kita berperang
dengan pemikiran dan budaya yang amat mengasyikkan. Sehinggakan kita tidak
sedar dan terus lalai dan tidur dan
tewas dengan mudah dgn serangan pemikiran dan budaya oleh Israel. Sehinggakan
kita rasa bahawa budaya dan pemikiran itu sgt baik dan langsung tidak
memudaratkan dan yang paling teruk lagi dia tidak rasa bahawa ini bukanlah satu
peperangan yang dahsyat.
KISAH SANG MATAHARI DAN SANG ANGIN
Kita mungkin masih ingat cerita kanak2
mengenai sang matahari dan sang angin yang beradu tenaga untuk menunjukkan
siapa lagi hebat.
Pada suatu hari ada seorang tua yang memakai
kain untuk menutupi badannya berjalan di satu lapangan. Kemudian, matahari dan
angin melihat orang tua tersebut sambil mencabar antara satu sama lain siapa
yang berjaya untuk menerbangkan kain tersebut dari badan org tua tersebut.
Sang angin memulakan, sang angin meniup sekuat
kuatnya untuk menerbangkan kain orang tua. Semakin kuat ditiup semakin orang
tua tersebut memegang kuat kain tersebut supaya tidak diterbangkan oleh angin.
akhirnya, angin menyerah kalah.
Seterusnya giliran matahari, matahari dengan
mudah dengan senyuman manis memancarkan cahaya panas terik. Akhirnya orang tua
tersebut kepanasan dan menanggalkan kain selimut tersebut.
Moralnya, benda keras tidak semestinya boleh
dilawan dengan kekerasan. Dan benda lembut tidak semestinya boleh lawan dengan
kelembutan.
Syukur VS sabar
Bagi kamu mana yang lebih mencabar, bersyukur
kah bersabar kah?
Mari kita teliti bersama,
Gaza mereka diuji dengan kesusahan dan
kesengsaraan supaya mereka bersabar dengan ujian tersebut. Anak mereka dibunuh,
saudara perempuan mereka diperkosa dengan kejamnya, golongan lelaki diseksa dan
dibunuh.... namun, mereka masih boleh bersabar?
Satu hari ditanya seorang pemuda yang berjuang
di Gaza oleh wartawan Malaysia, “Kalau kamu diberikan peluang untuk kamu
berhijrah dari bumi palestin ini, di manakah kam uhendak hijrah? Apa yang
dijawabnya, saya sama sekali tidak akan berhijrah dari bumi palestin ini. Saya
rela mati di sini kerana memperjuangkan agama, bangsa dan negara kami.
Allahurabbi... Jihad dan sabar yang diadun cantik sehingga melahirkan seorang
pejaung sebenar.
Manakala,
Malaysia pula, diuji dengan kenikmatan supaya
kita bersyukur tapi malangnya tidak ramai yang bersyukur. Bersyukur x cukup
dengan ucapan alhamdulillah. Mesti diiringi dengan perbuatan dan hati... pendek
cerita taatilah ALLAH dan RASUL saw....
Jaranglah orang yang boleh terlepasdari terlalai
setelah diberikan nikmat yang melimpah ruah. Cuba kita bayangkan, kita
sendiripun boleh tertidur kalau sudah depan katil empuk, dengan suasana yang
selesa, tambah pula wangi2an dan gelap pula tu. Cuba bayangkan. Begitulah
keadaan kita sekarang.... beruntunglah mereka yang diuji dengan kesusahan....
No comments:
Post a Comment