SEMPENA MAAL HIJRAH
Saya ingin berkongsi satu ilmu tentang :
“MEMBONGKAR PEMBOHONGAN BOMOH, TUKANG TILIK DAN TUKANG RAMAL TERHADAP
MASYARAKAT KITA”
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya akan ceritakan beberapa situasi
yang selalu berlaku dalam masyarakat kita yang kadang2 membuatkan kita sungguh
kagum dan takjub sedangkan ianya hanya permainan jin dan syaitan dalam
menyesatkan aqidah(keyakinan kita kepada ALLAH swt).
Situasi 1 : “tukang ramal nombor ekor”
Ramal no ekor biasanya boleh
berlaku melalui beberapa cara, sama ada pertama, dia bertemu dengan bomoh atau
tukang tilik ataupun kedua, melalui beberapa ritual memanggil jin seperti pergi
kubur panggil jin.
Situasi 2 : “bomoh yg boleh tau kisah silam seseorang dengan pemujaan
roh@tahdirul arwah”
Keadaan ini biasanya berlaku melalui satu upacara pemujaan untuk
menghadirkan konon2 roh si mati dengan tujuan ahli keluarga mahu berhubung,
membantu mengetahui hutang2 si mati supaya boleh diselesaikan dan byk lagi.
Kita akan percaya dan yakin sebab semuanya yang dikatakan roh tersebut sgt
betul. Sehinggakan kurap di kangkang kaki pun roh tersebut boleh bgtau.
Situasi 3 : “bomoh yg boleh kenalpasti siapa yang menghantar sihir dan
santau(santau ni adalah racun. Ada 2 jenis. 1. Disertai jin dan tidak disertai
jin”
Hal ini biasanya berlaku apabila seseorang yang sakit pelik sehinggakan
bertemu dengan doktor. Doktor juga tidak mampu mengenalpasti sakit si pesakit.
Dan apabila bertemu dengan seseorang bomoh tersebut, dia mampu menceritakan
siapa yang menghantar dan menceritakan perkara2 ghaib. Ghaib bermaksud “sesuatu
yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera dan hanya mampu diketahui melalui apa
yg diceritakan dalam al-quran dan al-hadith.”
Situasi 4: “tukang ramal masa depan”
Seseorang bomoh yang mampu meramalkan apa yang akan terjadi pada esok
hari.
Sekarang saya mau cerita pasal macamana jin2 dan syaitan telah menipu
anda dan bomoh sekali. Dan ini tidak diizinkan sama sekali dalam agama ISLAM.
Situasi pertama : “ramal nombor ekor”
1. secara logiknya, sangat bodohlah bomoh yang tau nombor ekor tapi
kenapa dia tidak sahaja yang beli nombor ekor first prize tu. Susah2 saja dia
jadi bomoh untuk cari duit. Menang nombor ekor tiap minggu kan lumayan.
2. Acara pemujaan di kubur2 dan ada beberapa lagi tempat.
Dengan bantuan jin, ya mungkin jin boleh pergi ke pusat pengurusan
nombor ekor dan tilik apa nombor ekor akan keluar besok.
Hal ini adalah tidak boleh, sebab mengapa?
Memohon pertolongan daripada jin itu adalah haram. Berdasarkan dalil
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka
dosa dan kesalahan” al-jin:6
Situasi kedua : “menghadirkan roh si mati”
Kita kena tau tidak mungkin roh si mati akan kembali lagi. Ini
berdasarkan dalil
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu
termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan
sedikit” al-isra’ ayat 85.
JADI, timbul satu pertanyaan. Siapa pula yang bercakap itu kalau bukan
si mati? Macamana dia buli tau semua tentang si mati dari A-Z, dari lahir smpi
mati?
Ya... pertanyaan yang bagus... itulah yang dipanggil qarin. Apa ini
qarin? Ia adalah seekor jin pendamping yang mana akan sentiasa mendampingi kita
sampailah kita mati. Dan ianya selalu menyuruh utk berbuat kemungkaran kecuali
qarin nabi muhammad saw sudah diislamkan dan dibantu oleh ALLAH swt.
Situasi 3 : “mengetahui punca sihir dan santau”
Okay... mana2 yang bomoh yang buli tau hakikat nya konon sihir dan
santau. Itu semua BOHONG melainkan mereka meminta pertolongan daripada jin.
Sebab kenapa? Semua sihir dan santau adalah benda2 yang ghaib, jadi
satu2nya cara utk mengetahui benda yang ghaib adalah meminta pertolongan jin.
Tapi kena ingat jangan sesekali minta pertolongan jin : kenapa?
1. haram berdasarkan dalil surah al-jin ayat 6.
2. JIN ni kalau kita mau tau sangat penipu. Jangan percaya. Target jin
adalah supaya kita berpecah belah semuanya.
Kita pasti ingat kes di kundasang dulu mengenai sebuah keluarga yang
bergaduh disebabkan meminta pertolongan bomoh utk menanyakan siapa yang BUAT2
dia atau hantar sihir sma dia? Buli2 tu bomoh cakap ahli keluarganya sendiri.
Akhirnya dia percaya cakap bomoh tu dan menuduh tanpa kaji selidik kepada ahli
keluarganya itu. Orang lama kundasang pasti tau kisah ini.
Jadi, kalau ada berita yang sampai. Selidiki dulu. Walaupun adik kita
sendiri. Manusia, pasti buat silap.
Situasi 4 : “tukang ramal masa depan”
Ni lagilah ketara habis bomoh dan jin2 tu sekali penipu besar.
Kenapa saya katakan seperti ini , ini adalah berdasarkan kisah nabi
Sulaiman as.
Hendak dikisahkan ketika mana nabi sulaiman wafat di singgahsananya
dalam keadaan dia memegang tongkat. Jin2 semua masih berkerja keras utk menyiapkan
tugasan yang diarahkan oleh nabi sulaiman, sedangkan nabi sulaiman sudah lama
wafat. Tapi disebabkan jasad nabi sulaiman dalam keadaan memantau gerak kerja
mereka sambil memegang tongkat. Jin2 tetap berkerja keras sehinggalah pada
suatu hari kelihatan ada anai2 di tongkat nabi sulaiman barulah mereka tau
bahawa nabi sulaiman sudah lama meninggal. Sambil jin2 tersebut berkata “
kalaulah kami tau kematian nabi sulaiman sudah lama kami tidak diseksa berkerja
yang menghinakan seperti ini”
So, apa point bomoh dan jin2 boleh ramal masa depan?
No comments:
Post a Comment