MUSLIM YANG BARU MAHU BELAJAR ISLAM
Ungkapan yang paling sesuai untuk saya
gambarkan situasi semalam, “seperti tikus jatuh ke gudang beras”
Kita mengharapkan redha ALLAH, dan ALLAH hantar satu orang yang boleh jadi ladang pahala. Semalam 17 disember 2012, lepas solat isya’ di
masjid UMS. Saya, ustaz Nazri dan Ustaz Humam duduk sembang2. Sungguh memang
takdir ALLAH, cantik pengaturan ALLAH....
Datang seorang lelaki berbadan besar dan agak
stylo skit penampilannya... Dia datang kepada kami, dan bagi salam
“Assalamu’alaikum” ....dia bertanya “siapa di sini yang boleh ajarkan saya
tentang solat dan ISLAM”... kami pelawa dia duduk dan sembang2...
Alhamdulillah... kata ALLAH “....Sekiranya
tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak
seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya,
tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.” Annur: 21...
Klu
ALLAH mau bagi hidayah kepada seseorang tiada siapa mampu menahannya, dan kalau
ALLAH mau bagi sesat kepada seseorang tiada siapa yang mampu
menyelamatkannya....
TANGGAPAN YANG SALAH TERHADAP SOLAT
Dia mengadu dengan kami bahawa seolah-olah
solat ini susah, niat mestiKAH dalam bahasa arab? dia tidak tau doa iftitah?
selawat nabi ibrahim tu termasuk dalam tahiyat akhirkah? Wirid dan zikir itu
juga termasuk dalam rukun solat ka? Rasa macam payah sgt.....
sedangkan klu kita menuntut ilmu, solat ni
cukup senang, solat boleh sah dengan hanya ada rukun solat yang 13 belas. Cukup
ada 13 rukun ni solat boleh sah, namun algi baik klu dibuatkan yang sunatnya...
Apa itu RUKUN ?
Rukun ni adalah benda yang tidak boleh kalau
tidak ada. Maksudnya wajib ada lah....
Kita bagi contoh, apa dia rukun masak nasi?
Kan ada tiga :
i) beras
ii) air
iii) rice cooker@periuk nasi
cuba kita bayangkan klu satu daripada benda di
atas tidak ada, apa jadi?
1. Beras dimasak tanpa air = jadi beras
hangus..
2. Beras berendam dalam air tanpa periuk nasi
= jadinya bubur yang beras yang tak berapa nak jadi
Itulah dia rukun.. dapat kah?
Begitulah juga dengan rukun solat......
Begitulah juga dengan mandi wajib.... kita
kadang2 sibuk ke fikir benda2 yang terlalu tinggi, tapi benda asas kita x
tau.... akhirnya semua ibadah kita ditolak oleh ALLAH... kita xtau sama ada
diterima atau ditolak tetapi biasanya keadaan sebegitu cenderung utk ditolak...
TAUBATLAH SEHINGGA SYAITAN PUTUS ASA
Kemudian, dia mengadu lagi... saya risau kalau
saya sudah bertaubat, nanti saya akan ulangi lagi. Jadi, apa ertinya taubat
saya itu?
Saya ceritakan dia satu kisah tentang seorang
ahli maksiat yang berjumpa dengan seorang yang ALIM..(credit to ustaz Bahtiar
Hud)
“satu hari ahli maksiat ni berjumpa dengan
seorang ALim, lalu dia bertanya” wahai
saudara, bagaimana saya mahu taubat nasuha? adakah taubat saya ini diterima?
Setiap kali saya bertaubat, selepas itu pasti
saya akan mengulanginya lagi. Saya rasa seperti saya mempermainkan taubat dan
ALLAH.
Apa kata si ALIM, taubatlah sehingga Syaitan
putus asa.
Okaylah... mungkin lebih senang faham macam
ni.... kata HAMKA, diri kita ibarat cermin...
CERMIN DEPAN KERETA VS CERMIN TINGKAP KELAS
SEKOLAH
Cermin depan kereta pasti selalu bersih dan
jarang yang kotor sebabnya cermin keretakan ada wiper, bila ada kotoran kita
tekan butang wiper kereta, wiper tersebut akan berfungsi membersihkan kotoran
di hadapan cermin tambah pula ada pancuran air di depan kereta.
Jadi, bila ada kotoran, tekan butang wiper.
Terus wiper berfungsi membersihkannya. Hasilnya kita sentiasa boleh nampak
jelas jalan di hadapan.
Namun, berbeza dengan cermin tingkap di kelas...
kan biasanya gotong royong diadakan sebulan sekali. Jadi, bila cermin sudah
kotor. Pemandangan luar kelas yang hijau pun boleh jadi warna kuning debu klu
dilihat dari dalam kelas. Itu tandanya cermin sudah penuh dengan habuk.
Kemudian, klu mahu membersihkan sekeping cermin. Satu baldi air pun tidak
cukup. Lepas tu, susah pula tu mau dilap habuk2nya. Perlu sabun la, span dan
kain lap... dan yang tensionnya, ambil masa yang lama. Hasilnya bersih jugalah
tapi payah bos kerja2nya berbanding yang kotor skit terus dilap...
Ha....begitulah perumpamaannya dengan taubat
selalu, hatinya sentiasa bersih.... daripada titik hitam.
Betapa Pengasihnya ALLAH kepada kita, ALLAH
ciptakan satu kalimah. Yang mana merupakan wiper kepada titik hitam yang
bertamu di hati kita. Sebab ALLAH tahu manusia itu selalu berbuat maksiat
kecuali nabi saw, MURSALIN DAN ANBIYA’...
Itulah dia kalimah “ASTAGIFIRULLAHALAZIM”....
Salam,
ReplyDeletepost ni menarik sbb penulis bijak mencipta analogi.
thumbs up!
jazakallahukhairan =)