Ada satu kisah..... tentang si Buta....
Si buta dahulu seorang yang celik dan dia jadi buta ketika
dia berumur 4 tahun disebabkan satu kemalangan yang telah menyebabkan dia
menjadi buta. Si buta tinggal di padang pasir. Benda terakhir yang si buta
lihat pada waktu dia celik adalah Unta. Namun, dia tidak tahu bahawa binatang
itu adalah dipanggil unta.
Jadi, satu hari datang seorang budak bertemu dengan si buta.
Mereka berbual-bual dan sampai satu ketika si budak bertanya kepada si buta.
“Wahai abg, saya ingin bertanya, saya selalu dengar bahawa raja segala binatang
itu singa. Bagaimana bentuk singa ya?” tanya budak tu. Disebabkan mereka
tinggal di padang pasir jadi mereka tidak pernah melihat singa.
Si buta pun menjawab, walaupun sebenarnya dia tidak tahu bagaimana
bentuk singa tapi disebabkan egonya dan malu kepada budak tersebut. Benda
terakhir si buta pernah lihat adalah unta walaupun sebenarnya dia tidak tahu
itu adalah unta. Jadi, dalam sangkaan dan fikiran dia. Mungkin apa yang dia
nampak kali terakhir. Mungkin itulah yang dipanggil singa.
Lalu, si buta bercerita dengan penuh keyakinan “ singa itu
adalah satu binatang berwarna kuning2 mcm pasir..................sampailah ciri
yang terakhir iaitu, singa itu mempunyai bonggol di belakangnya.
Si budak yang tidak pernah melihat unta dan singa hanya
mengiakan sahaja dan mula menanam dalam fikirannya bahawa singa itu memang
begitulah bentuknya.
Beberapa tahun kemudian, Ketika si budak mula masuk tadika,
dia di tanya satu gambar binatang serupa seperti apa yang diceritakan oleh si
buta. Kemudian dia menjawab dgn penuh yakin tanpa ragu2, itu adalah SINGA
cikgu. Namun, Semua rakan2nya mengetawakannya. Hahaha!! Dia rupanya sudah
tertipu dengan apa yang telah diceritakan oleh si buta.
PERKARA YANG BERKEPALA
Ya.. setiap perkara mesti berkepala... saya pernah bagitau
dengan seorang teman rapat, saya katakan “ setiap perkara mesti berkepala..”
teman saya ternga-nga sebentar. Dia balas ”saya x faham maksud kamu”..
Cuba kita lihat keadaan di sekeliling kita. Semuanya mempunyai
kepala dan kakitangannya masing-masing. Teman saya mula tangkap sesuatu.
Kita sebenarnya tidak boleh lari dari berpersatuan atau
senang cerita hendak bergerak sendirian tanpa bantuan rakan2. Lihatlah fitrah
ALLAh ciptakan bagi banyak perkara, susunan bulan-bulan dalam islam, dalam banyak
bulan2 tersebut bulan Ramadhan sebagai ketua. Cuba lihat lagi politik rimba
binatang, kita nampak singa sebagai ketua. Lihat lagi hari-hari dalam kehidupan
kita, ada 7 hari dan hari jumaat sebagai penghulu segala hari. Sedangkan benda
dan binatang yang tiada akalpun perlu kesatuan dan jemaah. Apatah lagi manusia,
yakan? Bermulalah dari pengurusan organisasi yang paling kecil iaitu keluarga
hinggalah pengurusan negara iaitu kerajaan yang dikendalikan oleh parti2 politik
semuanya memerlukan kepala dan kakitangan. Jadi, adalah sesuatu yang tidak
wajar sekiranya kita menolak fitrah ciptaan Allah iaitu perlunya berpersatuan
dan berjemaah.
SEMUA ORANG MAHUKAN KEPALA YANG BAIK
Yakan? Bagi saya, sebagai seorang Muslim, asas kepercayaan
saya adalah berdasarkan apa yang saya yakini iaitu Al-Quran dan as-Sunnah. Oleh
itu, pastinya saya juga mahukan kepala yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Khususnya kepala dalam pengendalian negara kita.
Yakan? Pelikkan jikalau kita katakan kita yakini AL-Quran
tapi menolak apa yang ALLAH suruh. Yakan? Yakan? Makanya, Kita seharusnya
memilih pemimpin yang mengatakan asas kepercayaannya adalah Al-Quran dan
AS-sunnah, dan dia zahirkan apa yang dia katakan. Dan untuk pelaksanaan
berdasarkan al-Quran dan as-sunnah pastinya perlu ilmu dalam bidang Al-Quran
dan as-sunnah.
Kenapa kita perlu pemimpin yang ahli dan arif dalam Al-Quran
dan hadith?
Sebabnya pertama,
ilmu Al-Quran itu adalah kata-kata daripada Allah swt. Jadi, pemahamannya perlu
mendalam dan tidak boleh kalau sekadar secara luaran. Kedua, dalam Al-Quran dan
hadith itu sudah mencakupi seluruh kehidupan manusia bermulalah dari cara buang
air besar hinggalah cara pengurusan negara(politik) sudah ditunjukkan oleh
Allah dan rasulallah saw.. Lalu, rakan pembaca yang dikasihi, kita berbalik
kepada cerita si buta di atas. Cuba kita bayangkan pemimpin kita yang tidak
asas yang kuat dan tidak berilmu tentang Al-Quran. Bagaimana dia boleh membawa
kita menuju ALLAH swt? Bagaimana dia boleh membawa kita bersama al-Quran dan
hadith sedangkan dia sendiri tidak faham al-Quran dan hadith.
PENGAJIAN BERSAMA TUKANG MASAK
Saya teringat kisah waktu saya masih di zaman kanak-kanak,
umur kira-kira 11 tahun iaitu ketika saya mula belajar membaca al-Quran dan
asas-asas ilmu fardhu ‘ain. Saya bersama dua adik beradik saya juga belajar
bersama-sama mengaji ilmu islam dengan seorang ustaz, namanya Alwan(semoga
ALLAH merahmatinya walau di mana ia berada). Berbangsa Jawa. Dia seorang tukang
masak di sebuah restoran. Namun, dalam masa yang sama dia juga mempunyai ilmu
yang mendalam tentang Al-Quran. Kami mengaji dengannya setiap malam selepas
isya’.
Satu Hari kami belajar tentang rukun solat. Rukun solat ada
13 semuanya, ketika kami sampai kepada duduk antara dua sujud. Jadi, bingung
walaupun memang sudah tahu solat tapi perkataannya itu membuatkan otak berfikir
seketika. Apatah lagi adik saya yang paling bongsu. Langsung ditanya oleh adik
yang Bongsu, adakah duduk antara dua sujud itu kita duduk di antara dua orang yang
sujud.
Nampak? Itu baru perkara yang simple dan mudah. Apatah lagi
perkara dan hukum-hukum yang melibatkan negara. Kalau lah kami belajar dengan
hanya menggunakan buku tanpa adanya guru yang memandu pastinya banyak ilmu yang
kami sesat. Itulah kenapa kita perlu guru yang arif dalam membimbing ilmu
al-Quran dan al-hadith.
Kita berbalik kepada perlunya pemimpin yang arif dan faqih
dalam Al-Quran. Jadi, sekarang apa poin kita untuk menolak kepimpinan orang
yang ‘alim tentang Al-Quran dan al-hadith kalau kita benar-benar ikhlas dalam
mencari redha Allah??