Monday, 7 January 2013

PERJALANAN MUALLIJ 1 ( IBLIS DAN SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA)


Perjalanan bermula.....

Sesungguhnya diciptakan manusia dan jin hidup di dunia, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menghambakan diri kepada ALLAH swt.

Berdasarkan surah Adz-dzariyat ayat 56, yang bermaksud :”Tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk mengabdikan diri kepada KU“.

Ini bermaksud tujuan hidup di dunia hanyalah untuk beribadah kepada ALLAH swt.

Banyak ‘ulama yang berpendapat bahawa perkataan jin disebut dahulu dan selepas itu baru disebut manusia, itu menunjukkan bahawa jin sudah lebih awal hidup di bumi ini berbanding manusia.
Pendapat ini dikuatkan lagi dengan ayat dari surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud : ” Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Na... menurut para ‘ulama, kerisauan yang dihadapi oleh para malaikat menunjukan bahawa sebelum diciptakan bangsa manusia, bangsa jin sudah terlebih dahulu menghuni bumi dan mereka juga telah membuat kerosakan dan pertumpahan darah di bumi.

PERMUSUHAN
Ya...sejak awal penciptaan manusia di syurga. Sudah timbul permusuhan antara Iblis dan manusia. Iblis sudah bersumpah akan menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun.

Permusuhan ini terjadi kerana sifat iblis yang sombong dan takabbur(membesarkan diri) tidak mahu sujud kepada nabi Adam a.s sebagai sujud hormat. Sehinggakan iblis diusir daripada syurga dengan cara yang terhina. Mulai dari hari itulah, Iblis telah mengisytiharkan perang terbesar dengan manusia yang pernah berlaku dalam sejarah penciptaan awal manusia. Dan perang ini bukanlah perang yang singkat tapi perang ini adalah perang yang akan berlaku sehingga hari kiamat.

“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” Al-hijr : 39.

Nah.. teman-teman manusia sekalian.... sekarang kita sudah tahu siapa musuh kita yang sebenar. Sekarang ini kita juga perlu kenal siapa bala tenteranya Iblis. Supaya kita lebih siap sedia untuk menghadapinya.



SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGI ORANG-ORANG BERIMAN

Diantara bala tentera Iblis adalah daripada kalangan syaitan. Syaitan bermaksud sesiapa sahaja yang ingkar dan tidak patuh kepada perintah ALLAH swt. Syaitan terdiri daripada kalangan Jin dan manusia.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Al-an’am : 112

Teman-teman sekalian, musuh kita syaitan daripada kalangan manusia mungkin kita boleh tepis dan lari daripadanya kerana kita nampak secara zahir kezaliman yang mereka lakukan tetapi jikalau daripada kalangan Jin, itu adalah suatu tipu daya dan musuh yang bahaya. Bayangkan kita berperang dalam keadaan musuh kita celik manakala kita pula buta. Jikalau kita tidak ada pengetahuan tentangnya bagaimana kita mahu menangkis serangan mereka dan mematahkan bala tentera mereka?

Oleh yang demikian, saya dengan sedikit usaha dan kekuatan yang ALLAH berikan kepada saya untuk kita berkongsi tentang satu ilmu itu iaitu ilmu perubatan Islam dalam usaha menangkis serangan makhluk halus.















No comments:

Post a Comment

Followers