BELAJAR DARIPADA SEEKOR JERUNG
Jerung! Bila sebut sahaja tentang Ikan Jerung
pastinya tergambarlah satu gambaran yang cukup negatif terhadap ikan jerung. Yalah, kita
sudah dididik sejak daripada sekolah tadika lagi bahawa ikan jerung itu adalah
seekor ikan daripada keluarga Karnivor iaitu ikan yang memakan daging. Oleh
itu, sangat berbahaya kepada manusia terutamanya nelayan, perenang dan penyelam
laut dalam. Jikalaulah kita berenang dan bermain-main di suatu tempat yang
dipenuhi dengan ikan jerung pastinya kita seolah-olah meletakkan diri kita
dalam kebinasaan.
JERUNG SEBAGAI PENGIMBANG
Walaubagaimanapun, Maha Suci ALLAH swt menciptakan
sesuatu itu dengan sia-sia tanpa ada
fungsinya di dunia. Makanya, para saintis telah mengkaji tentang
keberadaan ikan jerung dalam satu komuniti ikan yang besar. Rupa-rupanya ikan
jerung merupakan pengimbang kepada suatu komuniti ikan. Bagaimana ikan jerung
boleh bermanfaat kepada komuniti ikan ini?
Pertamanya, Ikan jerung rupa-rupanya hanya
akan menyerang mangsanya daripada bangsa ikan yang dalam keadaan lemah mungkin
disebabkan faktor ikan tua atau berpenyakit yang berjangkit. Kerana biasanya
ikan yang berpenyakit ini berbahaya kepada ikan yang lain dalam komuniti
tersebut, ikan yang berpatogen(bakteria yang menyebabkan kemudaratan kepada
ikan) akan menyebabkan komuniti itu semuanya dijangkiti dan seterusnya
berpenyakit lalu meninggal.
Keduanya, di dasar laut ada sejenis spesis
penyu yang suka makan rumput laut(sea grass). Sedangkan rumput laut ini adalah
habitat dan sumber makanan bagi banyak organisma akuatik dasar laut. Selain
itu, juga merupakan agen peneutral keadaan air. Ikan jerung merupakan pemangsa
kepada penyu spesis ini, jadi akan tiba suatu masa ikan jerung menyerang
menyebabkan penyu tersebut berhijrah ke tempat lain. Kalaulah penyu tersebut
tidak berhijrah pastinya habis semua rumput laut dimamah oleh sang penyu.
Naaa... begitu besar fungsi jerung sebagai
agen penyeimbang komuniti. Cuba bayangkan kalau ikan jerung tidak ada pastinya
berlakulah ketidakseimbangan dan masalah dalam ekosistem laut ini. Seterusnya
sedikit sebanyak juga memberi kesan kepada sumber protein manusia. Itu baru
fakta yang dikaji oleh saintis belum lagi fakta yang hanya ALLAH mengetahuinya.
Maha suci Allah daripada menciptakan sesuatu
itu sia-sia. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.....
PANDANGLAH DENGAN PANDANGAN MATA HATI
Kita kadang-kadang hanya melihat kepada
keburukan seseorang itu sehinggakan kebaikannya yang begitu banyak sudah
terhijab dek kerana satu keburukannya. Mungkin dia tidak baik satu keadaan
tetapi dia bagi dalam suatu keadaan yang lain. Kata Prof. Dr. Muhaya “orang
yang selalu nampak keburukan orang lain adalah oang yang hatinya penuh dengan
kekotoran, seperti limau masam, kalau di perah sampai ke titisan yang terakhir,
tetap masam juga airnya”. Jadi, jikalau kita sering sahaja melihat orang dengan
pandangan melihat keburukannya dahulu pastinya itulah diri anda yang penuh
dengan kekotoran jiwa. Tidak kiralah siapa orang tersebut, mungkin ibubapa
melihat keburukan anak2nya, pemimpin kepada orang yang dipimpinnya hinggalah
diri kita sendiri melihat keburukan dalam diri kita. Walauapapun keburukan
seseorang itu harus dipandang dengan pandangan mata hati iaitu dengan sifat
fitrah manusia berkasih sayang, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Kenapa kita melihat saudara semuslim kita penuh dengan kebencian? Bukan kasih
sayang itu hak muslim kepada muslim yang lain. Allahu Rabbi.. Sungguh hati kita
penuh dengan kekotoran....
Dua tindakan yang bijak bila berhadapan dengan
suatu kelemahan orang lain, Pertama, keburukannya dan kelemahannya itu mungkin
boleh diarahkan kepada kebaikan dan kedua, harus juga kita memikirkan kaedah
terbaik untuk membaikinya.
Pertama, Mungkin sahaja disebalik keburukan
dan kelemahannya itu ada kebaikan. Saya tertarik dengan sebuah filem hindi,
iaitu filem Taara Zameen Par, filem ini mengisahkan sepasang suami isteri dan
mempunyai seorang anak yang mempunyai masalah Dyslexia. Anaknya tidak pandai
membaca walaupun mengikuti pengajian di sekolah, sedangkan teman-teman
seangkatannya sudah boleh membaca. Ibubapanya hampir buntu dan bercadang untuk
menghantar anaknya ke sekolah kanak2 istimewa(OKU). Akhirnya, muncul seorang
cikgu yang memahami keadaan budak tersebut. Rupa-rupanya masalah budak tersebut
sehinggakan tidak boleh membaca adalah disebabkan apabila melihat huruf dan
angka digit, dia melihat seolah-olah huruf2 dan angka digit menari-menari. Budak
ini sebenarnya dikurniakan satu kelebeihan daya imaginasi yang terlalu tinggi.
Ketidakboleh bacaan budak tersebut mungkin perlukan teknik berlainan dan sedikit kesabaran dalam mendidik. Namun,
kalau diarahkan ke arah yang betul dan cara yang sesuai pasti memberikan
manfaat yang begitu besar.
Selain itu, saya juga tertarik bagaimana
rasulallah saw mengendalikan kelemahan seseorang kepada kebaikan. Saya teringat suatu kisah
yang pernah seeorang sahabat saya ceritakan tentang kisah seorang Sahabat
RasulAllah. Dalam peristiwa musafir Rasulallah, dalam kalangan banyak2 sahabat
Rasulallah. Ada seorang sahabat yang selalu suka berlengah-lengah dalam
perjalanan musafir, Rasulallah tidak terus mengeji sahabat tersebut malah
diberikan tugas oleh rasulallah kepada sahabat tersebut sebagai pemeriksa yang
akan bergerak di barisan paling belakang untuk memeriksa keadaan tempat
tersebut setelah semua bergerak manalah tau sekiranya ada orang yang
tertinggal. Nampak, fatonahnya nabi saw....
Sollu ‘ala Rasulillah
Kedua, konsistenlah dalam memberikan teguran.
bagaimana cara menegur yang berhikmah dalam menegur?. Kata Dr. Zaharuddin Abdul
Rahman “menegur secara berhikmah itu bukannya bermaksud semestinya berlembut
atau semestinya berkeras tapi berhikmah itu adalah dengan menjalinkan hubungan
yang baik terlebih dahulu, barulah kita mudah untuk seseorang itu menerima apa
yang kita katakan”.
Berbalik kepada cerita jerung, haruslah kita
memandang sesuatu dengan pandangan mata hati iaitu dengan kasih sayang kerana
ALLAH itu maha pengasih dan Maha Penyayang. Hatta, jerung tersebut walaupun
nampak garang tapi sebenarnya mereka adalah binatang yang banyak memberikan
manfaat terhadap ekosistem laut yang kebaikannya bermanfaat untuk semua makhluk
bumi dan tempiasnya juga kena pada manusia.
-tazkiyyatunnafs-
salam. good job.. thumbs up
ReplyDeletetp maaf,mcm ad ttinggal satu pktaan penting.
"Maha Suci Allah mciptakan ssuatu itu dgn *TIDAK sia-sia..."
tulisan yg menarik. sngt santai tp pdat dgn isi bmanfaat. tahniah dn timaksih ats pkongsian.