Saturday, 3 August 2013

RADIOHEAD



                                                                   [RADIOHEAD]

1. (PEMASARAN) Siapa pernah dengar ni kumpulan Rock?  Menarik tentangnya adalah bagaimana mereka boleh memasarkan lagu mereka dengan begitu hebat?
Kumpulan ini telah melakukan satu strategi ganas apabila para pendengar boleh mendownload secara percuma melalui media elektronik. Dengan hanya solgan kata “It’s Up to You”. Berapa-berapa harga kamu mau bayar, bayarlah. Ramai orang kata, ini kerja gila kerana menggadai harga sebuah karya seni. Walaupun, sepertiga daripada jumlah pen’download mendownload secara percuma tapi sebahagian besarnya masih membayarnya walaupun hanya beberapa pundsterling(kump rock britain), ada 4, 5, 6 dan ..... pounsterling.
Lain orang lain pandangannya, sebahagian besar orang masih tahu harga sebuah seni itu, sehinggakan masih ada orang yang sanggup bayar dengan harga yang begitu mahal.

2. (pandangan hidup) Tertarik dengan sebuah kata2 “ Hanya semut mengerti nilai sebutir gula”. Ya benar. Penting atau tidak sesuatu itu bergantung kepada kefahaman kita terhadapnya. Bunga ros sangat bermakna buat seorang isteri yang datangnya dari seorang suami. Tetapi tidak buat beruk betina walaupun datang daripada kekasih hatinya. Begitulah lumrah kehidupan, walaupun lagu radiohead boleh didapatkan secara percuma namun masih ada insan yang sanggup membayarnya dengan harga yang tinggi.

3. (Ramadhan) Di bulan ramadhan, kita akan nampak dua golongan.
a) golongan yang berkejaran dalam mengerjakan amal soleh.
b) golongan yang hanya memandang ganjaran seumpama lalat yang berterbangan.
Walaupun, kata Allah ganjaran di bulan puasa ganjaran pahala boleh sampai 700 x ganda ganjarannya. Namun, kita seolah-olah tidak melihatnya sebagai benda yang abstrak dan mungkin mustahil merebut peluang ini. Sehinggakan ada orang memandang di masa bulan puasa mereka merasakan mereka kalau boleh tidak mengeluarkan se sen pun untuk jimat. Tapi di sudut yang lain pula, ada orang yang menghabiskan licin gaji bulannya hanya untuk beramal di bulan ramadhan.
Kadang2, saya juga tertanya-tanya. Siapa yang silap sebenarnya, adakah golongan da’ie masih tidak sampai sebaran dakwahnya atau memang golongan mad’u(orang yang menerima dakwah) terlalu memilih milih untuk cara menerima dakwah. Sedangkan dunia siber sekarang, penyampaian maklumat seolah-olah tiada batasnya.
Namun, satu prinsip yang kita kena pegang. Jikalau ALLAH berkehendakan kebaikan terhadap seseorang itu, akan dikurniakannya kefahaman agama.


-salam 25 ramadhan 1434 H- 

Wednesday, 31 July 2013

KENAPA RAMADHAN KITA TIDAK MENDIDIK


Satu hari di bulan ramadhan, saya dan beberapa orang sahabat sedang  menunggu masa untuk berbuka puasa. Saya mengeluarkan sebekas berisi kurma, untuk diberikan kepada sahabat2. Namun, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku, seorang sahabat ni menutup bekas tersebut.  Saya tanya “aik! kenapa ditutup bekas berisi? “ dia balas : “saya pernah mendengar hadith nabi saw “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun“

Dia menyambung lagi. Saya cemburu dengan orang yang memberi makan kerana dia akan mendapat pahala amalan bulan puasa saya. Lalu, dia mengeluarkan bekas berisi kurmanya untuk diberikan kepada kami semua. Kemudian, dia kata kepada saya“simpanlah buah kurma kamu untuk esok.”

Mungkin bukan rezeki saya hari tu untuk mengaut keuntungan pahala puasa amalan orang lain. Hehe...

Saya sebenarnya kagum dengan sahabat saya. Begitu yakin dia dengan benda yang abstrak dan ghaib, tidak terlihat oleh mata. Tapi tidak kurang juga masih ramai juga yang meragui tentang kewujudannya atau adakah mereka tidak diberikan kekuatan untuk mengerjakan amal2 soleh dalam bulan puasa.

Saya sentiasa berfikir dan bermuhasabah dengan ayat tuntutan wajib berpuasa. Yang mana di akhir ayat tersebut menyebut, “....mudah-mudahan kamu bertaqwa”. Itu menunjukkan bahawa puasa kita sebenarnya adalah satu bentuk didikan direct daripada ALLAH swt kepada hamba2NYA. Walaubagaimanapun, kenapa ramadhan kita tidak mendidik kita untuk jadi lebih baik??? Adakah bulan ramadhan itu sendiri yang salah atau diri kita yang tidak betul?

Saya sehingga hari ini masih tertanya

Kenapa ramadhan kita tidak mendidik?

Di mana silapnya? Mungkin ini adalah ramadhan kita yang kali 20,21, 22,23,..... 30, atau 40? Kenapa masih gagal untuk memberikan kesan yang positif. Kita kalau di sekolah atau di ipta, biasanya kalau gagal 3 kali sahaja sudah ditendang keluar.
Kita bukan tak tau ganjaran beramal dan berpuasa itu sangat besar.
Kita tau ganjarannya sangat besar tetapi kita masih tidak yakin dengan ganjaran yang dikurniakan oleh Allah untuk hamba2NYA.

MASALAH AQIDAH

Kenapa tidak yakin?
Masalah pertama ini sangat berkait rapat dengan keyakinan kita terhadap ALLAH swt. Yang mana keyakinan kita termasuk salah satu daripada rukun iman, iaitu percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, pahala, neraka dan dosa. Walaubagaimanapun ,satu benda yang pasti. Keyakinan itu tidak datang bergolek seperti orang mengantuk disorong bantal, datang cukup hanya dengan mendengar daripada dari mulut ustaz2 dan ustazah2 kita yang bercerita tentang kebesaran ALLAH, tentang kewujudan dosa dan pahala dan banyak lagi perkara2 ghaib yang lain.  Pembinaan keyakinan mestilah ilmu.

Ilmu tentang perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar besarnya. Bermula daripada mengetahui hakikat sehelai bulu di atas badan kita sehinggalah sebesar besar sistem suria kita.
Semuanya bermula dengan melihat, berfikir dan bermuhasabah. Melihat langit tidak bertiang. Menimbulkan satu perasaan ingin tahu siapa yang menciptanya dengan disertai perasaan kagum. Lalu, terbina satu jaringan perasaan yakin sehingga akhirnya membentuk satu jaringan kukuh yakin secara total terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH.

Allah kerapkali menyuruh hamba2NYA melalui kitab suci al-Quran melihat dan berfikir tentang kebesaran ciptaan ALLAH dengan kata-kata sindiran halus. “apakah kamu tidak melihat? Kenapakah kamu tidak berfikir? Kenapa kamu masih tidak mahu beriman?” MELIHAT, BERFIKIR DAN BERMUHASABAH SUPAYA KITA BENAR2 YAKIN DENGAN ALLAH SERTA SEGALA BALASAN YANG KELAK KITA AKAN TERIMA SESUAI DENGAN AMALAN KITA.

Poin pertama ini, mengajar kita tentang Aqidah. Iaitu ikatan kita dengan sang pencipta. Aqidah mesti dibetulkan dahulu supaya puasa yang dilaksanakan terbina atas satu asas yang kukuh bukan puasa untuk kurus, puasa kerana tradisi dan persekitaran tetapi puasa kerana itu adalah satu bentuk pengabdian diri kepada ALLAH swt.


MASALAH ILMU

Masalah kedua ilmu, ilmu  tidak hanya boleh diperolehi dengan melihat dan berfikir. Tapi semestinya dengan belajar dan membaca.

Cubalah lihat dalam diri kita. Adakah ilmu puasa kita seiring dengan umur kita atau ilmu puasa kita adalah tetap sama seperti apa yang diajarkan oleh ustaz semasa pelajaran rukun islam di sekolah rendah? Umur kita 30 tetapi ilmu puasa kita sekadar tahu rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa dan amalan2 sunat.. alangkah malunya dan malangnya kita...

Sehinggalah kerana dengan kejahilan kita menyebabkan kita memandang puasa hanya sebagai satu tradisi yang berorientasikan aktiviti bebanan menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Seterusnya, terhasilah aktiviti tidur sepanjang hari, mulut tetap celupar, sehinggakan kadang-kadang ada juga saya terdengar perkataan complain ja memanjang “sekarang rasa puasa macam sekejap pula”. Memanglah rasa sekejap sahaja kalau asyik tidur memanjang sepanjang hari.

Kenapa kita tidak tanya kenapa disunatkan berbuka dengan buah tamar?
Kenapa disunatkan berbuka awal?
Kenapa perlu sahur? Kenapa waktu puasa dari waktu subuh hinggalah maghrib kenapa tidak sampai asar sahaja?
Apakah keringanan@rukhsah dalam bulan puasa?
Kenapa sangat dianjurkan bersedekah dibulan ramadhan?
Tarawih mana yang lebih baik, 8 rakaat atau 20 rakaat?

Kenapa kita masih tidak dapat menjawab soalan2 di atas, kerana kita memang tidak tahu dan tidak mahu belajar...
dan kita terlalu bergantung dengan ilmu puasa sekolah rendah kita...

Akhirnya, di akhir ramadhan yang sepatutnya kita tangisi pemergiannya bertukar menjadi satu kegembiraan.
Lupakah kita kata ALLAH, mafhum hadith “setiap amalan anak adam akan KU berikan ganjaran 10 kebaikan sehinggalah 700 kali ganda, tetapi puasa itu untuk hambaKu, AKU sendiri memberikannya ganjaran"

lagi??

“BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN”

Apa kaitannya ayat di atas dengan bulan ramadhan? Bulan ramadhan bermaksud panas. Perasaan panas yang membara-bara apabila banyak makanan tetapi tidak boleh makan, kadang-kadang terperangkap dalam keadaan jem jalanaraya dalam keadaan lapar ditambah pula dengan sifat sesetangah pemandu lain yang “bikin panas”, tambah pula kalau ke shopping kompleks penuh dengan wanita tidak cukup kain. Fuh! Menggelegak kepanasan menahan nafsu menundukkan pandangan dan tidak kurang juga ujian terhadap setiap manusia yang pastinya berbeza-beza bergantung kepada tahap imannya. Lalu, bagaimana?

Ayat di atas penuh dengan hikmah, ALLAH swt menyuruh kita membaca dengan namaNYA, bila kita sebut “dengan nama ALLAH”. Allah sebenarnya menyuruh kita mulakan sesuatu dengan mengingati sifat-sifat ALLAH. Allah itu Maha Pemurah, tetapi kenapa kita begitu kedekut, Allah itu Maha Mengasihani tetapi kenapa kita tidak pengasih. Allah itu Maha penyabar tetapi kenapa kita tidak penyabar? Allah itu Maha pemberi tetapi mengapa kita tidak mampu memberi walau satu senyuman?

Sebagai contoh, cubalah kita melihat satu benda itu dari sudut pandang kasih sayang kerana Allah itu Maha Pengasih. Sebagai contoh, melihat orang yang tidak berpuasa tengah makan depan kita. Pasti fikiran pertama yang terlintas di dalam fikiran kita “kurang ajar punya orang, lahanat, jahanam, dia tidak tahu sensitiviti”(akhirnya terkeluarlah segala perkataan kamus perbendaharaan untuk memaki orang)

Tapi sekiranya kita memandang dengan kasih sayang, kita mungkin akan berfikiran  sebaliknya “ mungkin orang ini orang yang tidak tahu saya ini berpuasa, kasihan dia” atau mungkin “ orang itu tengah diserang sakit gastrik dan mesti makan serta merta, kalau tidak ianya akan memudaratkan kesihatannya” siapa tahu....
Begitu juga dengan orang yang memotong suka2 di tengah jalan raya yang jem, kuat mengumpat, tidur dan seumpamanya... poinnya berbaik sangka dengan ALLAH swt...

So, akhir kata... perbaiki aqidah kita, tambah ilmu dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan................ renung2kan dan selamat beramal(versi Prof. Izzi)

Sunday, 7 July 2013

PRESIDEN YANG DICINTAI BUMI MESIR

Zionis yahudi dan sekutunya memang pakar dalam memerangkap dan menjatuhkan sesiapa yang cuba menentang mereka. Caranya dengan ekonomi.

Zionis yahudi yang dipelopori oleh keluarga Rothschild dari dulu lagi sudah mencium bau, kunci utama untuk menguasai setiap negara adalah dengan wang. Puak2 mereka ni berusaha untuk menubuhkan sebuah institusi kewangan untuk meminjamkan wang kepada mana2 negara yang memerlukan wang dan akhirnya mereka berjaya.

Sejarah telah menceritakan segalanya.

Cakaplah mana kuasa2 besar yang masih mereka tidak kuasai? Khilafah Turki Uthmaniyah? Jerman? Amerika? Jepun? Rusia? Perancis? Hatta negara kita Malaysia pun sudah dikuasai.
Caranya mereka akan paksa sesebuah negara untuk meminjam wang dengan kadar bunga yang begitu tinggi, klu bunga 3 – 5 % tu ok lagi tapi ini ada yang sampai mencecah maksimum 40%, gila betul.... tapi negara kalau sudah terdesak. Macamana juga, mau tidak mau kena pinjamlah. Kalau tidak bankrup negara.


KES 1 :

Kita lihat sejarah beberapa presiden Amerika syarikat, mana2 presiden yang cuba berusaha untuk tidak meminjam wang dari Bank yahudi. Pauk zion ni akan cuba cari jalan untuk menjatuhkannya, kalau tidak berjaya, jalan terkahir mereka bunuh sahajalah. Salah satu contoh presiden amerika Abraham Lincoln, dia ni amat tegas dan tidak mahu meminjam wang dari bank yahudi. Akibat kekerasan kepalanya, akhirnay Abraham Lincoln mati dibunuh.

KES 2 :

Perang dunia pertama dan kedua. Perang di antara kuasa besar Jerman(kuasa paksi) dan Amerika syarikat(kuasa berikat). Menjadi pertanyaan siapa sebenarnya dalang yang mencetuskan isu nasionalisme? Ketika itu,  di negara Jerman mereka mendengar, orang Jerman di Amerika ditindas, manakala di negara Amerika pula, mereka mendengar orang Amerika ditindas di Jerman. Kedua-dua kuasa besar ini bangkit untuk menuntut bela bangsa masing2.
Poinnya, kenapa zion merancang semua ini? Bila peperangan besar terjadi, pasti sesebuah negara memerlukan kos yang sangat tinggi untuk menampung segala perbelanjaan untuk makanan askar, ubat-ubatan dan senjata. Jadi, dari mana hendak mendapatkan wang? Jeng... jeng... jeng.... ya... dari bank yahudilah....

KES 3 :

Salah satu faktor utama kejatuhan Turki uthmaniyah juga daripada hasil peminjaman wang daripada bank yahudi dengan kadar bunga yang begitu tinggi, kalau tidak silap lebih daripada 20% bunga. Disebabkan kelemahan urus tadbir ekonomi. Akhirnya mereka terpaksa meminjam wang daripada wabnk yahudi.
Masalah yang pertama, bila sudah pinjam, mau tidak mau kena dengar cakap bank yahudi. Kalau tidak bankrap jadinya. Akhirnya, khalifah terkahir Abdulmecid jatuh dan Mustafa kamal Laknatullah berjaya diangkat. Dan di sinilah titik mula fahaman sekularisme berjaya di terapkan dalam kepala orang2 islam sehingga hari ini. Malah di malaysiapun antara kilang besar yang banyak menghasilkan produk2 Kepala Sekular.(bikin panas) 

Masalah kedua, kerajaan turki uthmaniyah membuat kesilapan dengan melanggar perintah ALLAH. Iaitu larangan tentang riba dalam surah al-bawarah ayat 275-279. Allah akan perangi orang yang mengambil jalan riba. Mungkin inilah punca bala turun kerana kerajaan turki uthmaniyah melakukan satu kemungkaran yang besar.

KES 4 :

Di malaysia agak2nya macamana ya? Dari bank mana kita pinjam wang? Kalau IMF? Kita pasti sudah dapat menduga apa akan terjadi dengan negara di masa akan datang?

Nah! Sekarang apa yang terjadi di mesir, sangat berkait rapat dengan faktor ekonomi. Presiden yang dahulu. Hosni mubarak, saya belum kaji berapa banyak wang yang dia pinjam dari bank yahudi. Sehinggakan sekarang ni Dr. Morsi terpaksa menanggung semua kesan kerosakan yang telah dibuat oleh Hosni Mubarak. Dengan kadar sumber ekonomi yang sgt terhad dan dalam masa yang sama tidak mahu mendengar arahan dari puak2 Zion. Dr. Morsi terpaksa berhadapan ujian yang begini berat.
Zion sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan Dr. Morsi. Berkemungkinan besar, Dr. Morsi akan mati dibunuh seperti Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna dan Sayyid Qutb.

Walau apapun, mereka merancang, ALLAH juga merancang, namun perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik. Kita lupa disebalik semua perancangan ini, ianya sangat berkait rapat dengan pilihan ALLAH. ALLAH tidak pernah leka daripada mengurus tadbir manusia walau sedetik.
DOA KAMI BERSAMAMU DR. MORSI.


“Ya ALLAH, bantulah mujahidin di Mesir ya ALLAH, berilah mereka kekuatan dan kemenangan ya ALLAH, Engkau tunjukkanlah bahawa yang benar itu memang benar ya ALLAH, dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya, Ya ALLAH, dan Engkau tunjukkan juga bahawa yang batil itu memang batil ya ALLAH, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya” amin....

Monday, 17 June 2013

BAHAYA BUKU "Dialog Dengan jin Muslim"

Sekadar ingin berkongsi tentang sebuah buku. Mungkin tidak ramai yang membaca buku ini di Malaysia tapi di sebelah negara-negara arab buku ini telah tersebar luas sehinggakan buku ini dalam masa yang singkat sudah mencapai cetakan yang keempat. Judul buku itu adalah  “Dialog dengan jin islam” tulisan Muhammad Isa Dawud. Tujuan saya menulis pada kali ini adalah untuk memberitahu kepada semua muslimin bahawa poin utama serangan Iblis dan syaitan bukanlah untuk menyuruh muslimin berbuat dosa sahaja tapi matlamat agung iblis dan Syaitan laknatullah adalah untuk memastikan semua manusia syirik kepada ALLAH khususnya umat muslimin.



Dan itulah yang saya nak tekankan dalam tulisan ini, dalam buku “ Dialog dengan jin islam”, pertama, jin islam yang berbicara dengan penulis banyak mengajarkan perkara baru kepada manusia.  Sebagai contoh diajarkan doa-doa yang nabi sendiri tidak pernah ajarkan.  Kedua, banyak kenyataan yang boleh membawa manusia syirik kepada ALLAH. Mana mungkin jin muslim yang dalam buku ini boleh mensahihkan hadith sebuah hadith dengan alasan kerana mereka sudah hidup beratus tahun. Tidak cukup lagikah ‘ulama2 yang kita ada untuk menentukan taraf sesuatu hadith itu??  Jikalau anda membaca buku ini, anda akan dapati banyak kenyataan yang menarik dan mungkin tidak pernah kita terfikir. Itulah sebenarnya yang sangat merbahaya. Namun, bukankah sudah jelas dalam Al-Quran surah al-maidah ayat 3, mafhumnya : “...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...”.  


Secara jujurnya saya juga hampir terpengaruh dengan apa yang ditulis di dalam buku “Dialog dengan jin islam”. Namun, dengan berkat kasih sayang ALLAH. Allah datangkan satu buku yang menjawab segala pertanyaan dan kekeliruan dalam buku tersebut iaitu buku yang bertajuk “Alam Jin” merangkap bantahan terhadap buku ‘Dialog dengan jin Islam”. Selepas ini, sesiapa yang membaca buku ini. Terlebih dahulu mesti ada asas yang kukuh. Saya tidak halang untuk dibaca, bacalah sebanyak mana yang anda suka tetapi bukan semua harus diserap bulat2. Mesti ditapis berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah Kerana segala apa yang kita perbuatkan akan dipersoalkan oleh ALLAH swt.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan” Al-isra’ : 36.

buku yang saya maksudkan adalah




Sekali lagi saya ingin tekan, apa yang saya hendak sampaikan adalah bukan tentang jin. Tetapi poin utama adalah matlamat agung Iblis dan syaitan untuk memastikan manusia syirik kepada ALLAH. Tidak kira melalui jalan apapun, sama ada ekonomi? Hiburan? Kehidupan seharian? Politik? Dan sebagainya... kerana syirik kepada ALLAH tiada ampun di sisi ALLAH melainkan neraka jahanam menjadi balasannya.

Semoga tulisan daripada insan yang lemah yang serba ringkas ini bermanfaat untuk semua.


Lupa satu lagi,

saya juga menjumpai buku ini di kedai buku Harris OneBorneo dalam kulit muka depan yang terbaru. Hati-hati...


Wednesday, 3 April 2013

Dakwah kepada JIN YANG TERIKAT KERANA SIHIR


DAKWAH KEPADA JIN KANAK-KANAK

Kisah ini saya petik daripada tulisan Muhammad Abduh Maghauri
Seorang pesakit perempuan yang terkena penyakit lumpuh. Menderita senak di perut. Walaupun, sudah berubat dengan ramai doktor perubatan moden. Namun, tidak memberikan sebarang faedah. Kemudian, mereka datang untuk berubat dengan M.A.M.

Dia memulakan  rawatan dengan membaca

1) Al-fatihah
2) Surah al-Baqarah ayat 255-257
3) Surah Ali-Imran ayat 18-19
4) Surah al-mukminun  ayat 115-118
5) Al-hasyr 21-24
6) Ad-Dukhan ayat 40-49

Ketika dia(M.A.M) mengulangi bacaan surah ayat ad-Dukhan lebih daripada 7 kali, jasad perempuan tersebut meronta ketakutan, tangisan dan kedengaran jeritan. Dan berlakulah dialog antara keduanya,

M.A.M : dengan nama ALLAH siapakah bersamamu?
Jin : ah!!! Ah!!! Ah!!!

M.A.M : Saya bersumpah ke atas kamu dengan nama ALLAH yang Maha Agung, kuasanya yang sedia ada, KemuliaanNya yang tidak dipinta, kekuasaanNYa yang tidak dizalimi dan kudratNYA yang menundukkanmu untuk bercakap dengan sulaiman..

Jin : saya..saya.. saya...

MAM : siapa kamu?

Jin : saya Fisionera

MAM : apa agama kamu?

Jin : Aku tidak tahu. Percayalah denganku. Aku tidak tahu.

MAM : adakah ada jin betina yang tidak agamanya?

Jin : ya. Kerana aku masih kecil.
(berdasarkan kata-katanya yang lambat. Memang benar suaranya menyerupai  suara bayi perempuan kecil walaupun perempuan yang sakit itu sudah berumur lebih 40 tahun)

MAM : apa pandangan kamu mengenaio islam?

Jin : Aku masih kecil dan tidak tahu apakah itu islam.

MAM : islam agama fitrah, agama kasih sayang dan keharmonian, agama keheningan, kasih sayang dan persaudaraan, agama yang datang untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan melepaskan meraka dari kebinasaan. Itulah agama yang benar dan selainnya batil.
Jin : mudah-mudahan aku memeluk agama ini sekiranya ia sepertimana yang kamu katakan. Aku tidak menyempurnakan haknya lagi kerana ia lebih besar dari apa yang kamu katakan.
Bagaimana aku boleh masuk islam?

MAM : dengan mngucap ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”

Jin :  aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”

MAM : selepas ALLAH memberi nikmat agama ini, saya ingin bertanya mengapa kamu masuk jasad ini?

Jin : Aku tidak tahu melainkan kerana aku terikat di atas air kemudian aku masuk jasad perempuan ini lalu aku tahu ia adalah sejenis sihir hembusan dengan urusan ALLAH kerana ikatan di atas air sebahagian dari jenis sihir hembusan

MAM : kamu masuk islam dengan kelebihan yang ALLAH beri. Perkara penting dalam agama ini ialah tidak melakukan kezaliman sedangkan kamu melakukan kezaliman terhadap perempuan ini dengan memasuki jasadnya. Sekiranya diizinkan ALLAH, adakah kamu akan keluar?

Jin : alangkah agung agama ini. Tetapi bagaimana aku boleh keluar?
(terdengar jeritan mengerang kesakitan. Dia(jin) telah diikat dan MAM rasa seperti dicekik)

MAM : membacakan surah al-Anfal 7-10

Jin : segala puji bagi ALLAH, ikatan diriku telah terlerai.

MAM : kalau begitu kamu akan keluar sekiranya diizinkan ALLAH?

Jin : benar. Tapi saya tidak tahu cara keluar.

MAM : mula membacakan surah yasin.
Alhamdulillah akhirnya jin itu keluar dengan izin ALLAH.

Beberapa pengajaran yang boleh diambil :

1) tukang sihir yang jahat biasanya menugaskan jin kecil yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik lerama terikat. Untuk membuka ikatan boleh ikhtiar untuk membaca surah al-anfal 7-10.

2)tukang sihir bijak dengan menugaskan jin kecil  agar membataskan jalan keluarnya daripada badan pesakit.


perjalanan muallij( IKLAN SKIP)


Untuk sambungan tulisan mengenai perjalanan muallij sepatutnya sekarang kita berkongsi berkaitan dengan perkara ghaib tapi saya berbaik sangka mungkin para muallij sekalian sudah hadam berkaitan dengan asas-asas dalam memahami perubatan islam menangkis gangguan makhluk halus. Oleh itu, saya akan lompat terus kepada kemahiran dalam dialog dengan jin, bagaimana kita hendak berdakwah dengan jin kafir yang keras kepala, jin islam yang zalim dan banyak lagi. Nampak benda amcam remeh tapi sebenarnya ini adalah suatu cabang kemahiran dalam berdakwah kepada jin, dan kemahiran ini tidak jauh daripada bagaimana kita hendak berdialog dengan manusia. Kerana jin mempunyai psikologi yang sangat hampir dengan bangsa manusia. Ini hanyalah perkongsian daripada pengalaman sahabat2 muallij dan juga saya petik dialog daripada beberapa buah buku tentang dialog dengan jin.

Semoga bermanfaat buat semua.... 

Tuesday, 19 March 2013

Dunia Mengimpikan Muhammad saw


DUNIA MENGIMPIKAN MUHAMMAD

YA... itulah tajuk yang paling sesuai untuk tulisan kali ini...

Sekarang kita semakin dihangatkan dengan bahang PRU – 13 yang semakin terasa. PRU 13 itu pasti akan berlaku tapi tarikhnya sahaja yang kita tidak tahu. Dijangkakan ini adalah pilihan raya paling kotor akan berlaku dalam sejarah PRU Malaysia.

Satu pertanyaan yang harus anda jawab, kerajaan dan pemimpin yang bagaimana anda akan undi dan mahukan?

Mengikut banyak kajian yang telah dilakukan, banyaknya korupsi yang berlaku dalam banyak projek dan kebankrapan di dalam sesebuah syarikat adalah disebabkan hilangnya integriti iaitu tidak amanah dan jujur, kelemahan kepimpinan dan tidak bertanggungjawab.

Dan tidak kurangnya juga apa yang telah berlaku kepada kejatuhan kerajaan turki uthmaniyah, kemeruduman Syarikat General motors amerika syariakat, Enron dan banyak lagi.

Contoh yang paling dekat bagi kita rakyat Malaysia, hutang kerajaan Malaysia yang begitu tinggi mencecah Rm 255 billion?? (yang problemnya malaysia berhutang dengan IMF(bank yahudi), saya ingin berkongsi berkaitan dengan konspirasi kejatuhan turki uthmaniyah, mustafa kamal laknatullah bukanlah penyebab utama, dia hanyalah sebagai ikon yahudi dan kemuncak kajatuhan kerajaan turki uthmaniyah, tapi sebab utama kejatuhannya adlah bermula apabila kerajaan turki uthmaniyah mula meminjam duit daripada bank yahudi iaitu satu keluarga Rothschild dengan kadar bunga yang begitu tinggi, bukan 5%, bukan 10%, bukan 20%, tapi lebih 30% kadar bunga. Ini betul2 gila. Akhirnya kerajaan tidak mampu membayar dan terpaksa mendengar arahan mereka. Akhirnya mustafa kamal berjaya dinaikkan menjadi pemimpin. Lalu, dia mula mengubah banyak dasar dalam kerajaan dengan fahaman sekular dan musnahlah sistem khilafah islamiyah pada 1924).  Malaysia juga berpotensi besar untuk menjadi seperti itu sekiranya kepimpinan yang lemah seperti sekarang terus berpanjangan dengan ketirisan ekonomi, hutang kerajaan yang semakin meningkat, kelemahan kepimpinan dan banyak lagi. Dan sekarang pula golongan kelas menengah yang semakin pupus dan jurang antara golongan kelas miskin dan kelas kaya semakin jauh. Malah yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus kekal dengan kemiskinan.

Okay.. berbalik kepada maudhu’ utama tadi, Kita pasti berfikir siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk memimpin kita di bumi malaysia?

Satu kajian oleh para ilmuwan barat, ciri CEO idaman bagi mana-mana umat manusia di muka bumi ini,  tidak kira di USA, Britain, Rusia, India dan China adalah Trust, responsibility, smart, vision, best attitude. Ini adalah senarai ciri pemimpin idaman dunia. Lalu siapakah yang mempunyai pakej penuh ciri-ciri di atas. Tidak lain tidak bukan, hanya Muhammad saw yang mempunyai pakej penuh sifat-sifat di atas.
Sehinggakan Michael H.Hart menyenaraikan Nabi Muhammad saw di ranking yang Pertama dalam 10o orang yang berpengaruh. Atas dasar apa? Kerana Nabi Muhammad berjaya menyatukan di antara urusan dunia dan akhirat seiring dan sejalan seindah bunga di taman.. tuuu dia...


Sekarang mari kita lihat satu persatu sifat nabi saw seiring dengan kajian ilmuwan barat.

1. Siddiq(benar)

Ini merangkumi sifat jujur. Nabi muhammad saw tidak pernah bercakap bohong. Kejujurannya menjadi kecintaan bagi semua masyarakat makkah ketika itu. Salah satunya ketika mana baginda membawa barang dagangan Khadijah R.a. untuk diperdagangkan. Semua barang dagangan dijaga dengan baik tanpa ada satupun hilang. Malah keuntungan yang berlipat kali ganda sehingga itu membuatkan Khadijah jatuh hati lalu melamar Nabi saw.
Apa yang mendorong Nabi saw untuk berlaku begitu jujur? Sudah tentunya keyakinannya kepada adanya kuasa yang MAHA BESAR melihatnya. Yang mana kita kenali sekarang IHSAN. ..
Inilah sifat yang sudah pupus dalam banyak CEO dan pemimpin kita pada hari ini. Mencuri harta rakyat, menindas rakyat demi kerana mempertahankan periuk nasi sendiri kerana hilangnya keyakinan bahawa dosa dan pahala itu wujud.

2. Amanah(trust)

Nabi saw digelar Al-Amin kerana sifat integriti yang ada padanya. Baginda begitu dipercayai oleh masyarakat makkah ketika itu. Pada sautu hari hajarul aswad jatuh dari tempatnya di kaabah, lalu ketua-ketua kabilah arab yang mengetahui perihal itu bergaduh antara satu  sama lain untuk menentukan siapa yang paling layak untuk meletakkan kembali batu itu ke tempat asalnya.
Lalu mereka berfikir dan bertanyakan antara satu sama lain, siapa yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Salah seorang daripada mereka menunjukkan seorang pemuda, itulah MUHAMMAD saw. Nabi dipanggil untuk menyelesaikan tersebut. Lalu nabi membuka serbannya dan merentangkannya ke tanah lalu diletakkan hajarul aswad di tengah kain tersebut. Lalu ketua-ketua kabilah masing2 memegang erat sudut kain tersebut lalu diangkat diletakkan kembali ke tempat asalnya.
Allahu rabbi... betapa nabi saw begitu dipercayai oleh masyarakat ketika itu.

3. fatonah( bijaksana)

Inilah yang dikenali sebagai smart. Kalau mahu diceritakan kebijaksanaan nabi saw. Pergh!!... strategi perniagaannya, perang sarafnya, menyelesaikan dalam keluarganya dan byk lagi.
Tapi saya suka petik satu kisah daripada Nabi saw ketika mana baginda berkumpul bersama-sama semua isterinya. Salah seorang daripada isterinya bertanya, siapa dalam kalangan isteri2nya paling nabi saw cintai. Lalu nabi saw hanya berdiam dan berdiam diri.
Selepas daripada malam tersebut, setiap malam nabi saw akan mendatangi setiap isterinya lalu diberikan sebentuk cincin dan nabi saw berkata kepada setiap isterinya “ kamu lah yang paling saya cintai tapi jangan beritahu dengan sesiapapun”. Begitulah juga nabi katakan kepada isteri2nya yang lain. Mengagumkan bukan? (tapi cek balik lah kesahihan ceirta ini, pokoknya saya hanya sampaikan ibrah kebijaksanaan nabi saw).
Ada banyak lagi lah cerita tentang nabi saw. Strategi ketika perang badar, ketika peristiwa Futuh Makkah dan banyak lagi..... pandai2lah kamu cari....

4. Tabligh(menyampaikan)

Tabligh merupakan sifat kepimpinan nabi saw dalam menyampai risalah kebenaran. Cuba bayangkan, nabi muhammad saw yang lahir di tengah-tengah masyarakat jahiliyah arab. Sebuah kota yang kecil, yang dahulunya masyarakat dunia tidak pandang langsung. Bagaimana Nabi boleh membangunkan bermula daripada usrah kecil-kecilan sehinggalah membentuk sebuah negara yang kemudiannya pengaruhnya berkembang sehingga menguasai 2/3 dunia.
Kata sejarawan barat, adalah mustahil seorang pemimpin membentuk pengaruh yang luar biasa dan negara dalam masa yang singkat kurang daripada 23 tahun. Tapi nabi saw mampu melakukan kerana adanya sifat kepimpinan iaitu tabligh risalah kebenaran.

Naa...

Kita di Malaysia sekarang ini, antara laungan-laungan daripada rakyat terhadap apa yang mereka mahukan adalah kerajaan dan pemimpin yang berintegriti, amanah, telus, ada kepimpinan, transparensi dan jujur.
Jujurlah pada diri, fitrah manusia itu cenderung kepada yang baik iaitu amanah, jujur, integriti. Bukankah itu adalah sifat yang ada pada Nabi saw.

Naa... sekarang siapa yang paling kenal Muhammad saw untuk laksanakan apa yang telah Muhammad lakukan, pastinya orang yang belajar dan banyak mengetahui tentang Muhammad saw. (al-‘Ulama)....
Sekarang hanya tinggal untuk memilih,
Barisan nasional VS Pakatan rakyat?  

Followers