Wednesday, 31 July 2013

KENAPA RAMADHAN KITA TIDAK MENDIDIK


Satu hari di bulan ramadhan, saya dan beberapa orang sahabat sedang  menunggu masa untuk berbuka puasa. Saya mengeluarkan sebekas berisi kurma, untuk diberikan kepada sahabat2. Namun, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku, seorang sahabat ni menutup bekas tersebut.  Saya tanya “aik! kenapa ditutup bekas berisi? “ dia balas : “saya pernah mendengar hadith nabi saw “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun“

Dia menyambung lagi. Saya cemburu dengan orang yang memberi makan kerana dia akan mendapat pahala amalan bulan puasa saya. Lalu, dia mengeluarkan bekas berisi kurmanya untuk diberikan kepada kami semua. Kemudian, dia kata kepada saya“simpanlah buah kurma kamu untuk esok.”

Mungkin bukan rezeki saya hari tu untuk mengaut keuntungan pahala puasa amalan orang lain. Hehe...

Saya sebenarnya kagum dengan sahabat saya. Begitu yakin dia dengan benda yang abstrak dan ghaib, tidak terlihat oleh mata. Tapi tidak kurang juga masih ramai juga yang meragui tentang kewujudannya atau adakah mereka tidak diberikan kekuatan untuk mengerjakan amal2 soleh dalam bulan puasa.

Saya sentiasa berfikir dan bermuhasabah dengan ayat tuntutan wajib berpuasa. Yang mana di akhir ayat tersebut menyebut, “....mudah-mudahan kamu bertaqwa”. Itu menunjukkan bahawa puasa kita sebenarnya adalah satu bentuk didikan direct daripada ALLAH swt kepada hamba2NYA. Walaubagaimanapun, kenapa ramadhan kita tidak mendidik kita untuk jadi lebih baik??? Adakah bulan ramadhan itu sendiri yang salah atau diri kita yang tidak betul?

Saya sehingga hari ini masih tertanya

Kenapa ramadhan kita tidak mendidik?

Di mana silapnya? Mungkin ini adalah ramadhan kita yang kali 20,21, 22,23,..... 30, atau 40? Kenapa masih gagal untuk memberikan kesan yang positif. Kita kalau di sekolah atau di ipta, biasanya kalau gagal 3 kali sahaja sudah ditendang keluar.
Kita bukan tak tau ganjaran beramal dan berpuasa itu sangat besar.
Kita tau ganjarannya sangat besar tetapi kita masih tidak yakin dengan ganjaran yang dikurniakan oleh Allah untuk hamba2NYA.

MASALAH AQIDAH

Kenapa tidak yakin?
Masalah pertama ini sangat berkait rapat dengan keyakinan kita terhadap ALLAH swt. Yang mana keyakinan kita termasuk salah satu daripada rukun iman, iaitu percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, pahala, neraka dan dosa. Walaubagaimanapun ,satu benda yang pasti. Keyakinan itu tidak datang bergolek seperti orang mengantuk disorong bantal, datang cukup hanya dengan mendengar daripada dari mulut ustaz2 dan ustazah2 kita yang bercerita tentang kebesaran ALLAH, tentang kewujudan dosa dan pahala dan banyak lagi perkara2 ghaib yang lain.  Pembinaan keyakinan mestilah ilmu.

Ilmu tentang perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar besarnya. Bermula daripada mengetahui hakikat sehelai bulu di atas badan kita sehinggalah sebesar besar sistem suria kita.
Semuanya bermula dengan melihat, berfikir dan bermuhasabah. Melihat langit tidak bertiang. Menimbulkan satu perasaan ingin tahu siapa yang menciptanya dengan disertai perasaan kagum. Lalu, terbina satu jaringan perasaan yakin sehingga akhirnya membentuk satu jaringan kukuh yakin secara total terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH.

Allah kerapkali menyuruh hamba2NYA melalui kitab suci al-Quran melihat dan berfikir tentang kebesaran ciptaan ALLAH dengan kata-kata sindiran halus. “apakah kamu tidak melihat? Kenapakah kamu tidak berfikir? Kenapa kamu masih tidak mahu beriman?” MELIHAT, BERFIKIR DAN BERMUHASABAH SUPAYA KITA BENAR2 YAKIN DENGAN ALLAH SERTA SEGALA BALASAN YANG KELAK KITA AKAN TERIMA SESUAI DENGAN AMALAN KITA.

Poin pertama ini, mengajar kita tentang Aqidah. Iaitu ikatan kita dengan sang pencipta. Aqidah mesti dibetulkan dahulu supaya puasa yang dilaksanakan terbina atas satu asas yang kukuh bukan puasa untuk kurus, puasa kerana tradisi dan persekitaran tetapi puasa kerana itu adalah satu bentuk pengabdian diri kepada ALLAH swt.


MASALAH ILMU

Masalah kedua ilmu, ilmu  tidak hanya boleh diperolehi dengan melihat dan berfikir. Tapi semestinya dengan belajar dan membaca.

Cubalah lihat dalam diri kita. Adakah ilmu puasa kita seiring dengan umur kita atau ilmu puasa kita adalah tetap sama seperti apa yang diajarkan oleh ustaz semasa pelajaran rukun islam di sekolah rendah? Umur kita 30 tetapi ilmu puasa kita sekadar tahu rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa dan amalan2 sunat.. alangkah malunya dan malangnya kita...

Sehinggalah kerana dengan kejahilan kita menyebabkan kita memandang puasa hanya sebagai satu tradisi yang berorientasikan aktiviti bebanan menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Seterusnya, terhasilah aktiviti tidur sepanjang hari, mulut tetap celupar, sehinggakan kadang-kadang ada juga saya terdengar perkataan complain ja memanjang “sekarang rasa puasa macam sekejap pula”. Memanglah rasa sekejap sahaja kalau asyik tidur memanjang sepanjang hari.

Kenapa kita tidak tanya kenapa disunatkan berbuka dengan buah tamar?
Kenapa disunatkan berbuka awal?
Kenapa perlu sahur? Kenapa waktu puasa dari waktu subuh hinggalah maghrib kenapa tidak sampai asar sahaja?
Apakah keringanan@rukhsah dalam bulan puasa?
Kenapa sangat dianjurkan bersedekah dibulan ramadhan?
Tarawih mana yang lebih baik, 8 rakaat atau 20 rakaat?

Kenapa kita masih tidak dapat menjawab soalan2 di atas, kerana kita memang tidak tahu dan tidak mahu belajar...
dan kita terlalu bergantung dengan ilmu puasa sekolah rendah kita...

Akhirnya, di akhir ramadhan yang sepatutnya kita tangisi pemergiannya bertukar menjadi satu kegembiraan.
Lupakah kita kata ALLAH, mafhum hadith “setiap amalan anak adam akan KU berikan ganjaran 10 kebaikan sehinggalah 700 kali ganda, tetapi puasa itu untuk hambaKu, AKU sendiri memberikannya ganjaran"

lagi??

“BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN”

Apa kaitannya ayat di atas dengan bulan ramadhan? Bulan ramadhan bermaksud panas. Perasaan panas yang membara-bara apabila banyak makanan tetapi tidak boleh makan, kadang-kadang terperangkap dalam keadaan jem jalanaraya dalam keadaan lapar ditambah pula dengan sifat sesetangah pemandu lain yang “bikin panas”, tambah pula kalau ke shopping kompleks penuh dengan wanita tidak cukup kain. Fuh! Menggelegak kepanasan menahan nafsu menundukkan pandangan dan tidak kurang juga ujian terhadap setiap manusia yang pastinya berbeza-beza bergantung kepada tahap imannya. Lalu, bagaimana?

Ayat di atas penuh dengan hikmah, ALLAH swt menyuruh kita membaca dengan namaNYA, bila kita sebut “dengan nama ALLAH”. Allah sebenarnya menyuruh kita mulakan sesuatu dengan mengingati sifat-sifat ALLAH. Allah itu Maha Pemurah, tetapi kenapa kita begitu kedekut, Allah itu Maha Mengasihani tetapi kenapa kita tidak pengasih. Allah itu Maha penyabar tetapi kenapa kita tidak penyabar? Allah itu Maha pemberi tetapi mengapa kita tidak mampu memberi walau satu senyuman?

Sebagai contoh, cubalah kita melihat satu benda itu dari sudut pandang kasih sayang kerana Allah itu Maha Pengasih. Sebagai contoh, melihat orang yang tidak berpuasa tengah makan depan kita. Pasti fikiran pertama yang terlintas di dalam fikiran kita “kurang ajar punya orang, lahanat, jahanam, dia tidak tahu sensitiviti”(akhirnya terkeluarlah segala perkataan kamus perbendaharaan untuk memaki orang)

Tapi sekiranya kita memandang dengan kasih sayang, kita mungkin akan berfikiran  sebaliknya “ mungkin orang ini orang yang tidak tahu saya ini berpuasa, kasihan dia” atau mungkin “ orang itu tengah diserang sakit gastrik dan mesti makan serta merta, kalau tidak ianya akan memudaratkan kesihatannya” siapa tahu....
Begitu juga dengan orang yang memotong suka2 di tengah jalan raya yang jem, kuat mengumpat, tidur dan seumpamanya... poinnya berbaik sangka dengan ALLAH swt...

So, akhir kata... perbaiki aqidah kita, tambah ilmu dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan................ renung2kan dan selamat beramal(versi Prof. Izzi)

No comments:

Post a Comment

Followers