DUNIA MENGIMPIKAN MUHAMMAD
YA... itulah tajuk yang paling sesuai untuk tulisan kali
ini...
Sekarang kita semakin dihangatkan dengan bahang PRU – 13
yang semakin terasa. PRU 13 itu pasti akan berlaku tapi tarikhnya sahaja yang
kita tidak tahu. Dijangkakan ini adalah pilihan raya paling kotor akan berlaku
dalam sejarah PRU Malaysia.
Satu pertanyaan yang harus anda jawab, kerajaan dan pemimpin
yang bagaimana anda akan undi dan mahukan?
Mengikut banyak kajian yang telah dilakukan, banyaknya
korupsi yang berlaku dalam banyak projek dan kebankrapan di dalam sesebuah
syarikat adalah disebabkan hilangnya integriti iaitu tidak amanah dan jujur,
kelemahan kepimpinan dan tidak bertanggungjawab.
Dan tidak kurangnya juga apa yang telah berlaku kepada
kejatuhan kerajaan turki uthmaniyah, kemeruduman Syarikat General motors
amerika syariakat, Enron dan banyak lagi.
Contoh yang paling dekat bagi kita rakyat Malaysia, hutang
kerajaan Malaysia yang begitu tinggi mencecah Rm 255 billion?? (yang problemnya
malaysia berhutang dengan IMF(bank yahudi), saya ingin berkongsi berkaitan
dengan konspirasi kejatuhan turki uthmaniyah, mustafa kamal laknatullah
bukanlah penyebab utama, dia hanyalah sebagai ikon yahudi dan kemuncak
kajatuhan kerajaan turki uthmaniyah, tapi sebab utama kejatuhannya adlah
bermula apabila kerajaan turki uthmaniyah mula meminjam duit daripada bank
yahudi iaitu satu keluarga Rothschild dengan kadar bunga yang begitu tinggi,
bukan 5%, bukan 10%, bukan 20%, tapi lebih 30% kadar bunga. Ini betul2 gila. Akhirnya
kerajaan tidak mampu membayar dan terpaksa mendengar arahan mereka. Akhirnya
mustafa kamal berjaya dinaikkan menjadi pemimpin. Lalu, dia mula mengubah
banyak dasar dalam kerajaan dengan fahaman sekular dan musnahlah sistem
khilafah islamiyah pada 1924). Malaysia
juga berpotensi besar untuk menjadi seperti itu sekiranya kepimpinan yang lemah
seperti sekarang terus berpanjangan dengan ketirisan ekonomi, hutang kerajaan
yang semakin meningkat, kelemahan kepimpinan dan banyak lagi. Dan sekarang pula
golongan kelas menengah yang semakin pupus dan jurang antara golongan kelas
miskin dan kelas kaya semakin jauh. Malah yang kaya terus menjadi kaya dan yang
miskin terus kekal dengan kemiskinan.
Okay.. berbalik kepada maudhu’ utama tadi, Kita pasti
berfikir siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk memimpin kita di bumi
malaysia?
Satu kajian oleh para ilmuwan barat, ciri CEO idaman bagi
mana-mana umat manusia di muka bumi ini,
tidak kira di USA, Britain, Rusia, India dan China adalah Trust, responsibility,
smart, vision, best attitude. Ini adalah senarai ciri pemimpin idaman dunia.
Lalu siapakah yang mempunyai pakej penuh ciri-ciri di atas. Tidak lain tidak
bukan, hanya Muhammad saw yang mempunyai pakej penuh sifat-sifat di atas.
Sehinggakan Michael H.Hart menyenaraikan Nabi Muhammad saw
di ranking yang Pertama dalam 10o orang yang berpengaruh. Atas dasar apa?
Kerana Nabi Muhammad berjaya menyatukan di antara urusan dunia dan akhirat
seiring dan sejalan seindah bunga di taman.. tuuu dia...
Sekarang mari kita lihat satu persatu sifat nabi saw seiring
dengan kajian ilmuwan barat.
1. Siddiq(benar)
Ini merangkumi sifat jujur. Nabi muhammad saw tidak pernah
bercakap bohong. Kejujurannya menjadi kecintaan bagi semua masyarakat makkah
ketika itu. Salah satunya ketika mana baginda membawa barang dagangan Khadijah
R.a. untuk diperdagangkan. Semua barang dagangan dijaga dengan baik tanpa ada
satupun hilang. Malah keuntungan yang berlipat kali ganda sehingga itu
membuatkan Khadijah jatuh hati lalu melamar Nabi saw.
Apa yang mendorong Nabi saw untuk berlaku begitu jujur?
Sudah tentunya keyakinannya kepada adanya kuasa yang MAHA BESAR melihatnya.
Yang mana kita kenali sekarang IHSAN. ..
Inilah sifat yang sudah pupus dalam banyak CEO dan pemimpin
kita pada hari ini. Mencuri harta rakyat, menindas rakyat demi kerana
mempertahankan periuk nasi sendiri kerana hilangnya keyakinan bahawa dosa dan
pahala itu wujud.
2. Amanah(trust)
Nabi saw digelar Al-Amin kerana sifat integriti yang ada
padanya. Baginda begitu dipercayai oleh masyarakat makkah ketika itu. Pada
sautu hari hajarul aswad jatuh dari tempatnya di kaabah, lalu ketua-ketua
kabilah arab yang mengetahui perihal itu bergaduh antara satu sama lain untuk menentukan siapa yang paling
layak untuk meletakkan kembali batu itu ke tempat asalnya.
Lalu mereka berfikir dan bertanyakan antara satu sama lain,
siapa yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Salah seorang daripada mereka
menunjukkan seorang pemuda, itulah MUHAMMAD saw. Nabi dipanggil untuk
menyelesaikan tersebut. Lalu nabi membuka serbannya dan merentangkannya ke
tanah lalu diletakkan hajarul aswad di tengah kain tersebut. Lalu ketua-ketua
kabilah masing2 memegang erat sudut kain tersebut lalu diangkat diletakkan
kembali ke tempat asalnya.
Allahu rabbi... betapa nabi saw begitu dipercayai oleh masyarakat
ketika itu.
3. fatonah( bijaksana)
Inilah yang dikenali sebagai smart. Kalau mahu diceritakan
kebijaksanaan nabi saw. Pergh!!... strategi perniagaannya, perang sarafnya, menyelesaikan
dalam keluarganya dan byk lagi.
Tapi saya suka petik satu kisah daripada Nabi saw ketika
mana baginda berkumpul bersama-sama semua isterinya. Salah seorang daripada
isterinya bertanya, siapa dalam kalangan isteri2nya paling nabi saw cintai.
Lalu nabi saw hanya berdiam dan berdiam diri.
Selepas daripada malam tersebut, setiap malam nabi saw akan
mendatangi setiap isterinya lalu diberikan sebentuk cincin dan nabi saw berkata
kepada setiap isterinya “ kamu lah yang paling saya cintai tapi jangan beritahu
dengan sesiapapun”. Begitulah juga nabi katakan kepada isteri2nya yang lain.
Mengagumkan bukan? (tapi cek balik lah kesahihan ceirta ini, pokoknya saya
hanya sampaikan ibrah kebijaksanaan nabi saw).
Ada banyak lagi lah cerita tentang nabi saw. Strategi ketika
perang badar, ketika peristiwa Futuh Makkah dan banyak lagi..... pandai2lah
kamu cari....
4. Tabligh(menyampaikan)
Tabligh merupakan sifat kepimpinan nabi saw dalam menyampai
risalah kebenaran. Cuba bayangkan, nabi muhammad saw yang lahir di
tengah-tengah masyarakat jahiliyah arab. Sebuah kota yang kecil, yang dahulunya
masyarakat dunia tidak pandang langsung. Bagaimana Nabi boleh membangunkan
bermula daripada usrah kecil-kecilan sehinggalah membentuk sebuah negara yang
kemudiannya pengaruhnya berkembang sehingga menguasai 2/3 dunia.
Kata sejarawan barat, adalah mustahil seorang pemimpin
membentuk pengaruh yang luar biasa dan negara dalam masa yang singkat kurang
daripada 23 tahun. Tapi nabi saw mampu melakukan kerana adanya sifat kepimpinan
iaitu tabligh risalah kebenaran.
Naa...
Kita di Malaysia sekarang ini, antara laungan-laungan
daripada rakyat terhadap apa yang mereka mahukan adalah kerajaan dan pemimpin
yang berintegriti, amanah, telus, ada kepimpinan, transparensi dan jujur.
Jujurlah pada diri, fitrah manusia itu cenderung kepada yang
baik iaitu amanah, jujur, integriti. Bukankah itu adalah sifat yang ada pada
Nabi saw.
Naa... sekarang siapa yang paling kenal Muhammad saw untuk
laksanakan apa yang telah Muhammad lakukan, pastinya orang yang belajar dan
banyak mengetahui tentang Muhammad saw. (al-‘Ulama)....
Sekarang hanya tinggal untuk memilih,
Barisan nasional VS Pakatan rakyat?
No comments:
Post a Comment