[RADIOHEAD]
1. (PEMASARAN) Siapa pernah dengar ni kumpulan Rock? Menarik tentangnya adalah bagaimana mereka
boleh memasarkan lagu mereka dengan begitu hebat?
Kumpulan ini telah melakukan satu strategi ganas apabila
para pendengar boleh mendownload secara percuma melalui media elektronik.
Dengan hanya solgan kata “It’s Up to You”. Berapa-berapa harga kamu mau bayar,
bayarlah. Ramai orang kata, ini kerja gila kerana menggadai harga sebuah karya seni.
Walaupun, sepertiga daripada jumlah pen’download mendownload secara percuma
tapi sebahagian besarnya masih membayarnya walaupun hanya beberapa pundsterling(kump
rock britain), ada 4, 5, 6 dan ..... pounsterling.
Lain orang lain pandangannya, sebahagian besar orang masih
tahu harga sebuah seni itu, sehinggakan masih ada orang yang sanggup bayar
dengan harga yang begitu mahal.
2. (pandangan hidup) Tertarik dengan sebuah kata2 “ Hanya
semut mengerti nilai sebutir gula”. Ya benar. Penting atau tidak sesuatu itu
bergantung kepada kefahaman kita terhadapnya. Bunga ros sangat bermakna buat
seorang isteri yang datangnya dari seorang suami. Tetapi tidak buat beruk
betina walaupun datang daripada kekasih hatinya. Begitulah lumrah kehidupan,
walaupun lagu radiohead boleh didapatkan secara percuma namun masih ada insan
yang sanggup membayarnya dengan harga yang tinggi.
3. (Ramadhan) Di bulan ramadhan, kita akan nampak dua
golongan.
a) golongan yang berkejaran dalam mengerjakan amal soleh.
b) golongan yang hanya memandang ganjaran seumpama lalat
yang berterbangan.
Walaupun, kata Allah ganjaran di bulan puasa ganjaran pahala
boleh sampai 700 x ganda ganjarannya. Namun, kita seolah-olah tidak melihatnya
sebagai benda yang abstrak dan mungkin mustahil merebut peluang ini. Sehinggakan
ada orang memandang di masa bulan puasa mereka merasakan mereka kalau boleh
tidak mengeluarkan se sen pun untuk jimat. Tapi di sudut yang lain pula, ada
orang yang menghabiskan licin gaji bulannya hanya untuk beramal di bulan
ramadhan.
Kadang2, saya juga tertanya-tanya. Siapa yang silap sebenarnya,
adakah golongan da’ie masih tidak sampai sebaran dakwahnya atau memang golongan
mad’u(orang yang menerima dakwah) terlalu memilih milih untuk cara menerima
dakwah. Sedangkan dunia siber sekarang, penyampaian maklumat seolah-olah tiada batasnya.
Namun, satu prinsip yang kita kena pegang. Jikalau ALLAH
berkehendakan kebaikan terhadap seseorang itu, akan dikurniakannya kefahaman
agama.
-salam 25 ramadhan 1434 H-