Sekadar ingin berkongsi tentang sebuah buku. Mungkin tidak
ramai yang membaca buku ini di Malaysia tapi di sebelah negara-negara arab buku
ini telah tersebar luas sehinggakan buku ini dalam masa yang singkat sudah
mencapai cetakan yang keempat. Judul buku itu adalah “Dialog dengan jin islam” tulisan Muhammad
Isa Dawud. Tujuan saya menulis pada kali ini adalah untuk memberitahu kepada
semua muslimin bahawa poin utama serangan Iblis dan syaitan bukanlah untuk
menyuruh muslimin berbuat dosa sahaja tapi matlamat agung iblis dan Syaitan
laknatullah adalah untuk memastikan semua manusia syirik kepada ALLAH khususnya
umat muslimin.
Dan itulah yang saya nak tekankan dalam tulisan ini, dalam
buku “ Dialog dengan jin islam”, pertama, jin islam yang berbicara dengan
penulis banyak mengajarkan perkara baru kepada manusia. Sebagai contoh diajarkan doa-doa yang nabi
sendiri tidak pernah ajarkan. Kedua,
banyak kenyataan yang boleh membawa manusia syirik kepada ALLAH. Mana mungkin
jin muslim yang dalam buku ini boleh mensahihkan hadith sebuah hadith dengan alasan
kerana mereka sudah hidup beratus tahun. Tidak cukup lagikah ‘ulama2 yang kita
ada untuk menentukan taraf sesuatu hadith itu?? Jikalau anda membaca buku ini, anda akan
dapati banyak kenyataan yang menarik dan mungkin tidak pernah kita terfikir.
Itulah sebenarnya yang sangat merbahaya. Namun, bukankah sudah jelas dalam
Al-Quran surah al-maidah ayat 3, mafhumnya : “...Pada hari ini
telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu
nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...”.
Secara jujurnya saya juga hampir terpengaruh
dengan apa yang ditulis di dalam buku “Dialog dengan jin islam”. Namun, dengan
berkat kasih sayang ALLAH. Allah datangkan satu buku yang menjawab segala
pertanyaan dan kekeliruan dalam buku tersebut iaitu buku yang bertajuk “Alam
Jin” merangkap bantahan terhadap buku ‘Dialog dengan jin Islam”. Selepas ini,
sesiapa yang membaca buku ini. Terlebih dahulu mesti ada asas yang kukuh. Saya
tidak halang untuk dibaca, bacalah sebanyak mana yang anda suka tetapi bukan
semua harus diserap bulat2. Mesti ditapis berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah
Kerana segala apa yang kita perbuatkan akan dipersoalkan oleh ALLAH swt.
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu
tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan” Al-isra’ : 36.
Sekali lagi saya ingin tekan, apa yang saya hendak sampaikan
adalah bukan tentang jin. Tetapi poin utama adalah matlamat agung Iblis dan
syaitan untuk memastikan manusia syirik kepada ALLAH. Tidak kira melalui jalan
apapun, sama ada ekonomi? Hiburan? Kehidupan seharian? Politik? Dan
sebagainya... kerana syirik kepada ALLAH tiada ampun di sisi ALLAH melainkan
neraka jahanam menjadi balasannya.
Semoga tulisan daripada insan yang lemah yang serba ringkas
ini bermanfaat untuk semua.
Lupa satu lagi,