DAKWAH KEPADA JIN KANAK-KANAK
Kisah ini saya petik daripada tulisan Muhammad Abduh
Maghauri
Seorang pesakit perempuan yang terkena penyakit lumpuh.
Menderita senak di perut. Walaupun, sudah berubat dengan ramai doktor perubatan
moden. Namun, tidak memberikan sebarang faedah. Kemudian, mereka datang untuk
berubat dengan M.A.M.
Dia memulakan rawatan
dengan membaca
1) Al-fatihah
2) Surah al-Baqarah ayat 255-257
3) Surah Ali-Imran ayat 18-19
4) Surah al-mukminun
ayat 115-118
5) Al-hasyr 21-24
6) Ad-Dukhan ayat 40-49
Ketika dia(M.A.M) mengulangi bacaan surah ayat ad-Dukhan
lebih daripada 7 kali, jasad perempuan tersebut meronta ketakutan, tangisan dan
kedengaran jeritan. Dan berlakulah dialog antara keduanya,
M.A.M : dengan nama ALLAH siapakah bersamamu?
Jin : ah!!! Ah!!! Ah!!!
M.A.M : Saya bersumpah ke atas kamu dengan nama ALLAH yang
Maha Agung, kuasanya yang sedia ada, KemuliaanNya yang tidak dipinta,
kekuasaanNYa yang tidak dizalimi dan kudratNYA yang menundukkanmu untuk
bercakap dengan sulaiman..
Jin : saya..saya.. saya...
MAM : siapa kamu?
Jin : saya Fisionera
MAM : apa agama kamu?
Jin : Aku tidak tahu. Percayalah denganku. Aku tidak tahu.
MAM : adakah ada jin betina yang tidak agamanya?
Jin : ya. Kerana aku masih kecil.
(berdasarkan kata-katanya yang lambat. Memang benar suaranya
menyerupai suara bayi perempuan kecil
walaupun perempuan yang sakit itu sudah berumur lebih 40 tahun)
MAM : apa pandangan kamu mengenaio islam?
Jin : Aku masih kecil dan tidak tahu apakah itu islam.
MAM : islam agama fitrah, agama kasih sayang dan
keharmonian, agama keheningan, kasih sayang dan persaudaraan, agama yang datang
untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan melepaskan meraka
dari kebinasaan. Itulah agama yang benar dan selainnya batil.
Jin : mudah-mudahan aku memeluk agama ini sekiranya ia
sepertimana yang kamu katakan. Aku tidak menyempurnakan haknya lagi kerana ia
lebih besar dari apa yang kamu katakan.
Bagaimana aku boleh masuk islam?
MAM : dengan mngucap ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH
dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”
Jin : aku bersaksi
tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”
MAM : selepas ALLAH memberi nikmat agama ini, saya ingin
bertanya mengapa kamu masuk jasad ini?
Jin : Aku tidak tahu melainkan kerana aku terikat di atas
air kemudian aku masuk jasad perempuan ini lalu aku tahu ia adalah sejenis
sihir hembusan dengan urusan ALLAH kerana ikatan di atas air sebahagian dari
jenis sihir hembusan
MAM : kamu masuk islam dengan kelebihan yang ALLAH beri.
Perkara penting dalam agama ini ialah tidak melakukan kezaliman sedangkan kamu
melakukan kezaliman terhadap perempuan ini dengan memasuki jasadnya. Sekiranya
diizinkan ALLAH, adakah kamu akan keluar?
Jin : alangkah agung agama ini. Tetapi bagaimana aku boleh
keluar?
(terdengar jeritan mengerang kesakitan. Dia(jin) telah
diikat dan MAM rasa seperti dicekik)
MAM : membacakan surah al-Anfal 7-10
Jin : segala puji bagi ALLAH, ikatan diriku telah terlerai.
MAM : kalau begitu kamu akan keluar sekiranya diizinkan
ALLAH?
Jin : benar. Tapi saya tidak tahu cara keluar.
MAM : mula membacakan surah yasin.
Alhamdulillah akhirnya jin itu keluar dengan izin ALLAH.
Beberapa pengajaran yang boleh diambil :
1) tukang sihir yang jahat biasanya menugaskan jin kecil
yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik lerama terikat. Untuk membuka ikatan
boleh ikhtiar untuk membaca surah al-anfal 7-10.
2)tukang sihir bijak dengan menugaskan jin kecil agar membataskan jalan keluarnya daripada
badan pesakit.